YUNUS 2

2
Doa Yunus
1Dari dalam perut ikan itu, Yunus berdoa kepada TUHAN, Allahnya. Dia berkata,
2“Ya TUHAN, dalam kesusahanku aku berseru kepada-Mu,
dan Engkau menjawab aku.
Dari dunia orang mati aku mohon pertolongan,
permohonanku Engkau dengar dan perhatikan.
3Engkau melemparkan aku ke tempat yang dalam,
sampai ke dasar lautan.
Di sana arus air mengelilingi aku,
ombak dan gelombang yang Engkau datangkan
menghempaskan aku.
4Aku berfikir bahawa
Engkau sudah menghalau aku dari hadirat-Mu,
dan aku tidak akan melihat lagi
rumah kediaman-Mu yang suci.
5Air laut naik sampai ke bibirku,
samudera raya meliputi seluruh tubuhku,
rumpai laut melilit kepalaku.
6-7Aku turun sampai ke dasar pergunungan,
ke alam yang gerbangnya terkunci sehingga selama-lamanya.#ke alam...selama-lamanya; Yang dimaksudkan adalah dunia orang mati.
Ketika nyawaku hampir pergi daripada diriku,
aku ingat akan TUHAN,
lalu aku berseru kepada-Mu.
Engkau, ya TUHAN, mendengarkan doaku,
di Rumah-Mu yang suci Engkau mendengarkan aku.
Dari laut yang dalam,
Engkau menyelamatkan aku,
ya TUHAN Allahku!
8Para penyembah berhala yang sia-sia,
meninggalkan Engkau dan tidak lagi setia.
9Tetapi aku akan menyanyikan puji-pujian bagi-Mu
dan aku akan mempersembahkan korban untuk-Mu.
Aku akan menunaikan segala janjiku.
Engkaulah TUHAN yang menyelamatkan.”
10Kemudian, atas perintah TUHAN, ikan itu memuntahkan Yunus ke daratan.

目前选定:

YUNUS 2: BM

高亮显示

分享

复制

None

想要在所有设备上保存你的高亮显示吗? 注册或登录