Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

Römer 15:4-13

ROMA 15:4-13 - Segala yang tertulis di dalam Alkitab adalah untuk mengajar kita, supaya kita mempunyai harapan kerana ajaran daripada Alkitab menyebabkan kita bersabar dan berteguh hati. Semoga Allah yang menyebabkan kamu bersabar dan berteguh hati, membolehkan kamu hidup seia sekata menurut teladan Kristus Yesus. Dengan demikian kamu semua sama-sama dapat memuji Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus.

Sebagaimana Kristus sudah menyambut kamu, sambutlah satu sama lain untuk memuliakan Allah. Ketahuilah bahawa Kristus menjadi hamba kepada orang Yahudi untuk menunjukkan bahawa Allah setia. Dia menepati semua janji yang dibuat-Nya dengan nenek moyang mereka. Dia bahkan membolehkan orang bukan Yahudi memuliakan Allah kerana Allah mengasihani mereka. Di dalam Alkitab tertulis,
“Oleh itu, apabila aku di kalangan orang bukan Yahudi,
aku akan memuji Engkau,
aku akan menyanyikan pujian untuk-Mu.”
Ada tertulis begini pula,
“Bersukacitalah bersama-sama umat Allah, hai orang bukan Yahudi!”
Ada tertulis begini pula,
“Pujilah Tuhan, hai semua orang bukan Yahudi;
pujilah Dia, hai semua orang!”
Nabi Yesaya juga berkata,
“Seorang daripada keturunan Isai akan datang;
Dia akan memerintah orang bukan Yahudi,
dan mereka akan berharap kepada-Nya.”
Semoga Allah yang memberi kamu harapan, memenuhkan hati kamu dengan kegembiraan dan kedamaian kerana kamu percaya kepada-Nya, supaya dengan kuasa Roh Allah kamu semakin berharap kepada Allah.

Segala yang tertulis di dalam Alkitab adalah untuk mengajar kita, supaya kita mempunyai harapan kerana ajaran daripada Alkitab menyebabkan kita bersabar dan berteguh hati. Semoga Allah yang menyebabkan kamu bersabar dan berteguh hati, membolehkan kamu hidup seia sekata menurut teladan Kristus Yesus. Dengan demikian kamu semua sama-sama dapat memuji Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus. Sebagaimana Kristus sudah menyambut kamu, sambutlah satu sama lain untuk memuliakan Allah. Ketahuilah bahawa Kristus menjadi hamba kepada orang Yahudi untuk menunjukkan bahawa Allah setia. Dia menepati semua janji yang dibuat-Nya dengan nenek moyang mereka. Dia bahkan membolehkan orang bukan Yahudi memuliakan Allah kerana Allah mengasihani mereka. Di dalam Alkitab tertulis, “Oleh itu, apabila aku di kalangan orang bukan Yahudi, aku akan memuji Engkau, aku akan menyanyikan pujian untuk-Mu.” Ada tertulis begini pula, “Bersukacitalah bersama-sama umat Allah, hai orang bukan Yahudi!” Ada tertulis begini pula, “Pujilah Tuhan, hai semua orang bukan Yahudi; pujilah Dia, hai semua orang!” Nabi Yesaya juga berkata, “Seorang daripada keturunan Isai akan datang; Dia akan memerintah orang bukan Yahudi, dan mereka akan berharap kepada-Nya.” Semoga Allah yang memberi kamu harapan, memenuhkan hati kamu dengan kegembiraan dan kedamaian kerana kamu percaya kepada-Nya, supaya dengan kuasa Roh Allah kamu semakin berharap kepada Allah.

ROMA 15:4-13

Römer 15:4-13
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video