Romans 15:3-6

Kita berbuat demikian, kerana Kristus pun tidak memikirkan kesenangan diri-Nya sendiri. Di dalam Alkitab tertulis, “Segala cercaan yang ditujukan kepada-Mu kena padaku.” Segala yang tertulis di dalam Alkitab adalah untuk mengajar kita, supaya kita mempunyai harapan kerana ajaran daripada Alkitab menyebabkan kita bersabar dan berteguh hati. Semoga Allah yang menyebabkan kamu bersabar dan berteguh hati, membolehkan kamu hidup seia sekata menurut teladan Kristus Yesus. Dengan demikian kamu semua sama-sama dapat memuji Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus.
ROMA 15:3-6