MAZMUR 56:3-11
Sepanjang hari lawanku menyerang aku; banyak orang yang melawan aku. Ketika aku takut, ya Allah Yang Maha Kuasa, aku berharap kepada-Mu. Aku percaya kepada Allah dan aku tidak takut; aku memuji Dia kerana janji-Nya. Apakah yang dapat dilakukan manusia terhadapku? Sepanjang hari musuhku menyusahkan aku; mereka sentiasa berusaha untuk mencelakakan aku. Mereka berkumpul di tempat persembunyian, dan mengawasi segala gerak-geriku, sambil mencari kesempatan untuk membunuh aku. Hukumlah mereka, ya Allah kerana kejahatan mereka, dengan kemurkaan-Mu, binasakanlah mereka! Engkau tahu betapa cemasnya hatiku; Engkau tahu betapa banyaknya air mataku. Bukankah semuanya itu tercatat di dalam kitab-Mu? Pada hari aku berseru kepada-Mu, mundurlah musuh-musuhku. Aku tahu bahawa Allah memihak aku. Aku memuji TUHAN Allah kerana janji-Nya.
MAZMUR 56:3-11