Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

Psalm 51:1-10

MAZMUR 51:1-10 - Untuk pemimpin koir. Mazmur Raja Daud setelah baginda ditegur oleh Nabi Natan kerana berzina dengan Batsyeba.

Kasihanilah aku, ya Allah, kerana kasih-Mu;
hapuskanlah dosa-dosaku, kerana belas kasihan-Mu sungguh besar.
Basuhlah aku daripada segala kejahatanku,
dan bersihkanlah aku daripada dosaku.

Aku mengakui kesalahanku;
aku sentiasa sedar akan dosaku.
Aku telah berdosa terhadap-Mu - terhadap-Mu sahaja,
dan aku melakukan perkara yang Engkau anggap jahat.
Maka patutlah Engkau menghakimi aku;
adillah Engkau ketika menghukum aku.
Aku jahat sejak aku dilahirkan;
aku berdosa sejak aku dalam kandungan.

Engkau menghendaki ketulusan hati;
penuhkanlah batinku dengan kebijaksanaan-Mu.
Sucikanlah aku, maka aku akan menjadi bersih;
basuhlah aku, lalu aku akan menjadi lebih putih daripada salji.
Biarlah aku mendengar suara kesukaan dan kegembiraan,
agar aku yang Engkau hancurkan dan remukkan,
akan menjadi gembira semula.

Untuk pemimpin koir. Mazmur Raja Daud setelah baginda ditegur oleh Nabi Natan kerana berzina dengan Batsyeba. Kasihanilah aku, ya Allah, kerana kasih-Mu; hapuskanlah dosa-dosaku, kerana belas kasihan-Mu sungguh besar. Basuhlah aku daripada segala kejahatanku, dan bersihkanlah aku daripada dosaku. Aku mengakui kesalahanku; aku sentiasa sedar akan dosaku. Aku telah berdosa terhadap-Mu - terhadap-Mu sahaja, dan aku melakukan perkara yang Engkau anggap jahat. Maka patutlah Engkau menghakimi aku; adillah Engkau ketika menghukum aku. Aku jahat sejak aku dilahirkan; aku berdosa sejak aku dalam kandungan. Engkau menghendaki ketulusan hati; penuhkanlah batinku dengan kebijaksanaan-Mu. Sucikanlah aku, maka aku akan menjadi bersih; basuhlah aku, lalu aku akan menjadi lebih putih daripada salji. Biarlah aku mendengar suara kesukaan dan kegembiraan, agar aku yang Engkau hancurkan dan remukkan, akan menjadi gembira semula.

MAZMUR 51:1-10

Psalm 51:1-10
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video