Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

Psalms 27:1-9

MAZMUR 27:1-9 - Mazmur Daud.

TUHAN adalah cahayaku dan penyelamatku;
aku tidak akan takut kepada sesiapa pun.
TUHAN melindungi aku daripada segala bahaya;
aku tidak akan gentar.

Apabila orang jahat menyerang aku dan cuba membunuh aku,
mereka akan tersandung lalu jatuh.
Walaupun semua tentera mengepung aku,
aku tidak akan takut;
walaupun musuhku menyerang aku,
aku akan tetap percaya kepada Allah.

Aku telah memohon satu perkara kepada TUHAN;
hanya satu sahaja yang aku minta;
untuk tinggal di dalam Rumah TUHAN sepanjang hidupku,
untuk menyaksikan segala kebaikan-Nya,
dan meminta bimbingan-Nya.
Pada masa kesusahan Dia akan melindungi aku;
Dia akan menjaga aku supaya selamat di dalam Rumah-Nya,
dan menempatkan aku di atas gunung batu.
Maka aku akan mengalahkan semua musuh di sekelilingku.
Dengan sorakan gembira aku akan mempersembahkan korban di dalam Rumah-Nya;
aku akan menyanyi dan memuji TUHAN.

Dengarlah aku, ya TUHAN, apabila aku berseru kepada-Mu.
Kasihanilah aku dan jawablah aku!
Hatiku berkata, “Marilah menyembah Dia.”
Aku segera datang, ya TUHAN;
janganlah sembunyikan diri-Mu daripadaku.

Mazmur Daud. TUHAN adalah cahayaku dan penyelamatku; aku tidak akan takut kepada sesiapa pun. TUHAN melindungi aku daripada segala bahaya; aku tidak akan gentar. Apabila orang jahat menyerang aku dan cuba membunuh aku, mereka akan tersandung lalu jatuh. Walaupun semua tentera mengepung aku, aku tidak akan takut; walaupun musuhku menyerang aku, aku akan tetap percaya kepada Allah. Aku telah memohon satu perkara kepada TUHAN; hanya satu sahaja yang aku minta; untuk tinggal di dalam Rumah TUHAN sepanjang hidupku, untuk menyaksikan segala kebaikan-Nya, dan meminta bimbingan-Nya. Pada masa kesusahan Dia akan melindungi aku; Dia akan menjaga aku supaya selamat di dalam Rumah-Nya, dan menempatkan aku di atas gunung batu. Maka aku akan mengalahkan semua musuh di sekelilingku. Dengan sorakan gembira aku akan mempersembahkan korban di dalam Rumah-Nya; aku akan menyanyi dan memuji TUHAN. Dengarlah aku, ya TUHAN, apabila aku berseru kepada-Mu. Kasihanilah aku dan jawablah aku! Hatiku berkata, “Marilah menyembah Dia.” Aku segera datang, ya TUHAN; janganlah sembunyikan diri-Mu daripadaku.

MAZMUR 27:1-9

Psalms 27:1-9
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video