Psalm 25:4-10

Ajarlah aku kehendak-Mu, ya TUHAN, nyatakanlah apa yang harus aku lakukan. Ajarlah aku supaya aku hidup menurut kehendak-Mu, kerana Engkau penyelamatku. Aku selalu berharap kepada-Mu. Ya TUHAN, ingatlah akan kebaikan dan kasih-Mu, yang telah Engkau tunjukkan sejak dahulu. Ampunkan segala dosa dan kesalahan masa mudaku. Ya TUHAN, demi kasih dan kebaikan-Mu ingatlah akan aku. Kerana TUHAN baik dan adil, Dia menunjukkan jalan kepada orang yang sesat. Dia memimpin orang yang rendah hati ke jalan yang benar, dan mengajar mereka kehendak-Nya. Orang yang mentaati perjanjian dan perintah-Nya, dipimpin-Nya dengan kasih dan setia.
MAZMUR 25:4-10