Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

Psalms 149:1-9

MAZMUR 149:1-9 - Pujilah TUHAN!

Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN;
pujilah Dia dalam perhimpunan umat-Nya yang setia!
Bergembiralah, hai orang Israel, kerana Pencipta kamu;
bersukacitalah, hai penduduk Sion, kerana Raja kamu!
Pujilah nama-Nya dengan tarian;
pujilah Dia dengan memainkan kecapi dan tamburin.

TUHAN berkenan kepada umat-Nya;
Dia memberikan kemenangan kepada orang yang bergantung kepada-Nya.
Hendaklah umat Allah bersukacita kerana mereka menang,
dan bernyanyi dengan gembira sepanjang malam.
Hendaklah mereka memuji Allah dengan bersorak-sorak,
sambil memegang pedang yang tajam
untuk mengalahkan bangsa-bangsa,
dan menghukum rakyat mereka;
untuk membelenggu raja-raja
dan merantai pemimpin mereka,
untuk menghukum bangsa-bangsa menurut perintah Allah.
Itulah kemenangan umat Allah.

Pujilah TUHAN! Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN; pujilah Dia dalam perhimpunan umat-Nya yang setia! Bergembiralah, hai orang Israel, kerana Pencipta kamu; bersukacitalah, hai penduduk Sion, kerana Raja kamu! Pujilah nama-Nya dengan tarian; pujilah Dia dengan memainkan kecapi dan tamburin. TUHAN berkenan kepada umat-Nya; Dia memberikan kemenangan kepada orang yang bergantung kepada-Nya. Hendaklah umat Allah bersukacita kerana mereka menang, dan bernyanyi dengan gembira sepanjang malam. Hendaklah mereka memuji Allah dengan bersorak-sorak, sambil memegang pedang yang tajam untuk mengalahkan bangsa-bangsa, dan menghukum rakyat mereka; untuk membelenggu raja-raja dan merantai pemimpin mereka, untuk menghukum bangsa-bangsa menurut perintah Allah. Itulah kemenangan umat Allah.

MAZMUR 149:1-9

Psalms 149:1-9
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video