Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

MAZMUR 107:1-14

MAZMUR 107:1-14 - “Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik;
kasih-Nya kekal!”
Ulangilah kata-kata itu untuk memuji TUHAN,
hai kamu semua yang sudah diselamatkan-Nya.
Dia telah menyelamatkan kamu daripada musuh,
dan membawa kamu kembali dari negeri-negeri asing,
dari timur dan barat, dari utara dan selatan.

Ada yang mengembara di padang pasir,
tidak menemui jalan ke kota yang berpenghuni.
Mereka kelaparan dan kehausan,
dan kehilangan segala harapan.
Kemudian dalam kesusahan, mereka berseru kepada TUHAN,
dan Dia menyelamatkan mereka daripada kecemasan.
Dia memimpin mereka melalui jalan yang lurus,
ke kota yang dapat didiami mereka.
Mereka mesti bersyukur kepada TUHAN untuk kasih-Nya yang kekal,
untuk perbuatan menakjubkan yang dilakukan-Nya bagi mereka.
Dia memuaskan orang yang dahaga,
dan mengenyangkan orang lapar dengan segala yang baik.

Ada orang yang meringkuk di dalam kegelapan,
orang tahanan yang dibelenggu dan menderita,
kerana mereka telah memberontak terhadap perintah Allah,
dan menolak arahan Yang Maha Kuasa.
Mereka patah semangat kerana pekerjaan yang berat,
mereka jatuh, dan tidak seorang pun memberikan pertolongan.
Kemudian dalam kesusahan, mereka berseru kepada TUHAN,
dan Dia menyelamatkan mereka daripada kecemasan.
Dia membawa mereka keluar dari kegelapan,
dan memutuskan rantai yang membelenggu mereka.

“Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik; kasih-Nya kekal!” Ulangilah kata-kata itu untuk memuji TUHAN, hai kamu semua yang sudah diselamatkan-Nya. Dia telah menyelamatkan kamu daripada musuh, dan membawa kamu kembali dari negeri-negeri asing, dari timur dan barat, dari utara dan selatan. Ada yang mengembara di padang pasir, tidak menemui jalan ke kota yang berpenghuni. Mereka kelaparan dan kehausan, dan kehilangan segala harapan. Kemudian dalam kesusahan, mereka berseru kepada TUHAN, dan Dia menyelamatkan mereka daripada kecemasan. Dia memimpin mereka melalui jalan yang lurus, ke kota yang dapat didiami mereka. Mereka mesti bersyukur kepada TUHAN untuk kasih-Nya yang kekal, untuk perbuatan menakjubkan yang dilakukan-Nya bagi mereka. Dia memuaskan orang yang dahaga, dan mengenyangkan orang lapar dengan segala yang baik. Ada orang yang meringkuk di dalam kegelapan, orang tahanan yang dibelenggu dan menderita, kerana mereka telah memberontak terhadap perintah Allah, dan menolak arahan Yang Maha Kuasa. Mereka patah semangat kerana pekerjaan yang berat, mereka jatuh, dan tidak seorang pun memberikan pertolongan. Kemudian dalam kesusahan, mereka berseru kepada TUHAN, dan Dia menyelamatkan mereka daripada kecemasan. Dia membawa mereka keluar dari kegelapan, dan memutuskan rantai yang membelenggu mereka.

MAZMUR 107:1-14

MAZMUR 107:1-14
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video