Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

Proverbs 12:1-12

AMSAL 12:1-12 - Orang yang mencintai pengetahuan suka ditegur ajar. Orang yang tidak mahu ditegur ajar itu bodoh.
TUHAN berkenan kepada orang baik, tetapi Dia menghukum orang yang merancang kejahatan.
Orang tidak akan mendapat keselamatan daripada kejahatan, tetapi orang jujur tetap teguh.
Isteri yang baik menjadi kebanggaan dan kebahagiaan suaminya, tetapi isteri yang memalukan suaminya bagaikan penyakit barah yang menjadikan tulang reput.
Orang jujur memikirkan hal-hal yang baik, tetapi nasihat orang jahat penuh tipu muslihat.
Kata-kata orang jahat dapat membunuh, tetapi kata-kata orang jujur menyelamatkan.
Orang jahat akan binasa tanpa meninggalkan keturunan, tetapi orang baik sentiasa mempunyai keturunan.
Orang bijak menerima penghargaan; orang bodoh menerima penghinaan.
Lebih baik menjadi orang biasa yang mempunyai mata pencarian, daripada berlagak sebagai orang besar tetapi kelaparan.
Orang baik memelihara ternakan mereka, tetapi orang jahat menyeksa ternakan mereka.
Peladang yang rajin mendapat banyak makanan, tetapi orang yang mengejar hal yang sia-sia itu bodoh.
Orang jahat menghendaki kejahatan semata-mata, tetapi orang baik bagaikan pokok yang teguh dan berbuah.

Orang yang mencintai pengetahuan suka ditegur ajar. Orang yang tidak mahu ditegur ajar itu bodoh. TUHAN berkenan kepada orang baik, tetapi Dia menghukum orang yang merancang kejahatan. Orang tidak akan mendapat keselamatan daripada kejahatan, tetapi orang jujur tetap teguh. Isteri yang baik menjadi kebanggaan dan kebahagiaan suaminya, tetapi isteri yang memalukan suaminya bagaikan penyakit barah yang menjadikan tulang reput. Orang jujur memikirkan hal-hal yang baik, tetapi nasihat orang jahat penuh tipu muslihat. Kata-kata orang jahat dapat membunuh, tetapi kata-kata orang jujur menyelamatkan. Orang jahat akan binasa tanpa meninggalkan keturunan, tetapi orang baik sentiasa mempunyai keturunan. Orang bijak menerima penghargaan; orang bodoh menerima penghinaan. Lebih baik menjadi orang biasa yang mempunyai mata pencarian, daripada berlagak sebagai orang besar tetapi kelaparan. Orang baik memelihara ternakan mereka, tetapi orang jahat menyeksa ternakan mereka. Peladang yang rajin mendapat banyak makanan, tetapi orang yang mengejar hal yang sia-sia itu bodoh. Orang jahat menghendaki kejahatan semata-mata, tetapi orang baik bagaikan pokok yang teguh dan berbuah.

AMSAL 12:1-12

Proverbs 12:1-12
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video