Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

YESAYA 55:6-13

YESAYA 55:6-13 - Kembalilah kepada TUHAN semasa masih dapat;
berserulah kepada-Nya semasa Dia masih dekat.
Biarlah orang jahat meninggalkan cara hidup mereka,
dan mengubah jalan fikiran mereka.
Biarlah mereka kembali kepada TUHAN, Allah kita,
kerana Dia berbelas kasihan dan sentiasa sedia mengampuni.
TUHAN berfirman, “Fikiran-Ku bukan seperti fikiran kamu,
dan jalan-Ku bukan seperti jalan kamu.
Setinggi langit dari bumi,
setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu,
dan fikiran-Ku daripada fikiranmu.

Firman-Ku seperti salji dan hujan
yang turun dari langit untuk membasahi bumi,
serta menumbuhkan tanaman
sehingga menghasilkan benih untuk ditanam
dan makanan untuk dimakan.
Demikian jugalah firman yang Aku ucapkan
akan berjaya mencapai tujuan-Ku,
dan melakukan setiap perkara yang Aku tentukan.

Kamu akan meninggalkan Babel dengan sukacita,
kamu akan dipimpin keluar dari kota itu dengan kedamaian.
Gunung dan bukit akan bernyanyi dengan gembira,
semua pokok di padang akan bertepuk tangan.
Pokok sipres akan menggantikan semak duri,
pokok kemunting menggantikan semak belukar.
Kejadian ini sebagai tanda yang kekal,
peringatan bahawa Aku, TUHAN, telah melakukannya.”

Kembalilah kepada TUHAN semasa masih dapat; berserulah kepada-Nya semasa Dia masih dekat. Biarlah orang jahat meninggalkan cara hidup mereka, dan mengubah jalan fikiran mereka. Biarlah mereka kembali kepada TUHAN, Allah kita, kerana Dia berbelas kasihan dan sentiasa sedia mengampuni. TUHAN berfirman, “Fikiran-Ku bukan seperti fikiran kamu, dan jalan-Ku bukan seperti jalan kamu. Setinggi langit dari bumi, setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu, dan fikiran-Ku daripada fikiranmu. Firman-Ku seperti salji dan hujan yang turun dari langit untuk membasahi bumi, serta menumbuhkan tanaman sehingga menghasilkan benih untuk ditanam dan makanan untuk dimakan. Demikian jugalah firman yang Aku ucapkan akan berjaya mencapai tujuan-Ku, dan melakukan setiap perkara yang Aku tentukan. Kamu akan meninggalkan Babel dengan sukacita, kamu akan dipimpin keluar dari kota itu dengan kedamaian. Gunung dan bukit akan bernyanyi dengan gembira, semua pokok di padang akan bertepuk tangan. Pokok sipres akan menggantikan semak duri, pokok kemunting menggantikan semak belukar. Kejadian ini sebagai tanda yang kekal, peringatan bahawa Aku, TUHAN, telah melakukannya.”

YESAYA 55:6-13

YESAYA 55:6-13
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video