Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

Genesis 1:3-13

KEJADIAN 1:3-13 - Allah berfirman, “Hendaklah ada cahaya,” lalu cahaya pun ada. Allah berpuas hati melihat hal itu. Kemudian Dia mengasingkan cahaya daripada kegelapan. Dia menamakan cahaya itu “Siang” dan kegelapan itu “Malam”. Setelah malam dan pagi berlalu, itulah hari yang pertama.
Kemudian Allah berfirman, “Hendaklah ada kubah untuk membahagikan air menjadi dua bahagian, dan membendungnya dalam dua tempat yang terpisah.” Lalu hal itu berlaku. Demikianlah Allah menjadikan kubah yang memisahkan air yang ada di bawah kubah itu daripada air yang ada di atasnya. Allah menamakan kubah itu “Langit”. Setelah malam dan pagi berlalu, itulah hari yang kedua.
Kemudian Allah berfirman, “Hendaklah air yang ada di bawah langit mengalir ke satu tempat agar tanah kelihatan.” Lalu hal itu berlaku. Allah menamakan tanah itu “Darat” dan kumpulan air itu “Laut”. Allah berpuas hati melihat hal itu. Allah berfirman lagi, “Hendaklah tanah mengeluarkan segala jenis tumbuh-tumbuhan, iaitu jenis yang menghasilkan biji-bijian dan jenis yang menghasilkan buah.” Lalu hal itu berlaku. Demikianlah tanah mengeluarkan segala jenis tumbuh-tumbuhan. Allah berpuas hati melihat hal itu. Setelah malam dan pagi berlalu, itulah hari yang ketiga.

Allah berfirman, “Hendaklah ada cahaya,” lalu cahaya pun ada. Allah berpuas hati melihat hal itu. Kemudian Dia mengasingkan cahaya daripada kegelapan. Dia menamakan cahaya itu “Siang” dan kegelapan itu “Malam”. Setelah malam dan pagi berlalu, itulah hari yang pertama. Kemudian Allah berfirman, “Hendaklah ada kubah untuk membahagikan air menjadi dua bahagian, dan membendungnya dalam dua tempat yang terpisah.” Lalu hal itu berlaku. Demikianlah Allah menjadikan kubah yang memisahkan air yang ada di bawah kubah itu daripada air yang ada di atasnya. Allah menamakan kubah itu “Langit”. Setelah malam dan pagi berlalu, itulah hari yang kedua. Kemudian Allah berfirman, “Hendaklah air yang ada di bawah langit mengalir ke satu tempat agar tanah kelihatan.” Lalu hal itu berlaku. Allah menamakan tanah itu “Darat” dan kumpulan air itu “Laut”. Allah berpuas hati melihat hal itu. Allah berfirman lagi, “Hendaklah tanah mengeluarkan segala jenis tumbuh-tumbuhan, iaitu jenis yang menghasilkan biji-bijian dan jenis yang menghasilkan buah.” Lalu hal itu berlaku. Demikianlah tanah mengeluarkan segala jenis tumbuh-tumbuhan. Allah berpuas hati melihat hal itu. Setelah malam dan pagi berlalu, itulah hari yang ketiga.

KEJADIAN 1:3-13

Genesis 1:3-13
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video