Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

Ephesians 5:13-21

EFESUS 5:13-21 - Segala sesuatu akan kelihatan dengan jelas, apabila disinari cahaya, kerana segala sesuatu yang dapat dilihat dengan jelas, adalah cahaya. Itulah sebabnya dikatakan,
“Bangunlah, hai kamu yang tidur,
dan bangkitlah daripada kematian!
Kristus akan menyinari kamu.”
Oleh itu, perhatikanlah cara hidup kamu dengan baik. Janganlah hidup seperti orang bodoh, tetapi hiduplah seperti orang bijak. Setiap kali kamu berpeluang melakukan apa yang baik, gunakanlah peluang itu, kerana masa ini masa yang jahat. Janganlah bertindak bodoh, tetapi berusahalah untuk mengetahui apa yang dikehendaki Tuhan bagi kamu.
Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu. Tetapi hendaklah kamu dikuasai oleh Roh Allah. Gunakanlah kata-kata daripada mazmur, nyanyian puji-pujian, dan lagu rohani dalam percakapan kamu. Nyanyikanlah puji-pujian dan mazmur kepada Tuhan dengan hati yang gembira. Hendaklah kamu sentiasa bersyukur kepada Allah Bapa bagi segala sesuatu, demi nama Yesus Kristus Tuhan kita.

Untuk menghormati Kristus, hendaklah kamu taat kepada satu sama lain.

Segala sesuatu akan kelihatan dengan jelas, apabila disinari cahaya, kerana segala sesuatu yang dapat dilihat dengan jelas, adalah cahaya. Itulah sebabnya dikatakan, “Bangunlah, hai kamu yang tidur, dan bangkitlah daripada kematian! Kristus akan menyinari kamu.” Oleh itu, perhatikanlah cara hidup kamu dengan baik. Janganlah hidup seperti orang bodoh, tetapi hiduplah seperti orang bijak. Setiap kali kamu berpeluang melakukan apa yang baik, gunakanlah peluang itu, kerana masa ini masa yang jahat. Janganlah bertindak bodoh, tetapi berusahalah untuk mengetahui apa yang dikehendaki Tuhan bagi kamu. Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu. Tetapi hendaklah kamu dikuasai oleh Roh Allah. Gunakanlah kata-kata daripada mazmur, nyanyian puji-pujian, dan lagu rohani dalam percakapan kamu. Nyanyikanlah puji-pujian dan mazmur kepada Tuhan dengan hati yang gembira. Hendaklah kamu sentiasa bersyukur kepada Allah Bapa bagi segala sesuatu, demi nama Yesus Kristus Tuhan kita. Untuk menghormati Kristus, hendaklah kamu taat kepada satu sama lain.

EFESUS 5:13-21

Ephesians 5:13-21
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video