Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

ULANGAN 6:4-12

ULANGAN 6:4-12 - Ingatlah, hai Israel! TUHAN - dan TUHAN satu-satunya - ialah Allah kita. Kasihilah TUHAN, Allah kamu dengan segenap hati: Tunjukkanlah kasih itu dalam cara hidup dan perbuatan kamu. Jangan sekali-kali lupa akan hukum yang aku berikan kepada kamu hari ini. Ajarkanlah hukum itu kepada anak-anak kamu. Percakapkanlah hukum itu semasa kamu di rumah ataupun berpergian, semasa kamu berehat ataupun bekerja. Ikatkan hukum itu pada lengan kamu dan ikatkannya pada dahi kamu sebagai peringatan. Tuliskanlah hukum itu pada tiang pintu rumah dan pada pintu pagar kamu.”

“TUHAN, Allah kamu telah berjanji kepada nenek moyang kamu, Abraham, Ishak, dan Yakub bahawa Dia akan memberi kamu tanah yang mempunyai kota-kota besar dan makmur, yang tidak kamu bina. Rumah-rumah di situ penuh dengan barang-barang baik, yang tidak kamu simpan. Terdapat juga perigi-perigi yang tidak kamu gali, serta ladang anggur dan kebun zaitun, yang tidak kamu tanam. Apabila TUHAN membawa kamu ke tanah itu dan kamu mempunyai segala sesuatu yang kamu ingin makan, berhati-hatilah supaya kamu tidak lupa akan TUHAN yang sudah membawa kamu keluar dari Mesir, tempat kamu diperhamba dahulu.

Ingatlah, hai Israel! TUHAN - dan TUHAN satu-satunya - ialah Allah kita. Kasihilah TUHAN, Allah kamu dengan segenap hati: Tunjukkanlah kasih itu dalam cara hidup dan perbuatan kamu. Jangan sekali-kali lupa akan hukum yang aku berikan kepada kamu hari ini. Ajarkanlah hukum itu kepada anak-anak kamu. Percakapkanlah hukum itu semasa kamu di rumah ataupun berpergian, semasa kamu berehat ataupun bekerja. Ikatkan hukum itu pada lengan kamu dan ikatkannya pada dahi kamu sebagai peringatan. Tuliskanlah hukum itu pada tiang pintu rumah dan pada pintu pagar kamu.” “TUHAN, Allah kamu telah berjanji kepada nenek moyang kamu, Abraham, Ishak, dan Yakub bahawa Dia akan memberi kamu tanah yang mempunyai kota-kota besar dan makmur, yang tidak kamu bina. Rumah-rumah di situ penuh dengan barang-barang baik, yang tidak kamu simpan. Terdapat juga perigi-perigi yang tidak kamu gali, serta ladang anggur dan kebun zaitun, yang tidak kamu tanam. Apabila TUHAN membawa kamu ke tanah itu dan kamu mempunyai segala sesuatu yang kamu ingin makan, berhati-hatilah supaya kamu tidak lupa akan TUHAN yang sudah membawa kamu keluar dari Mesir, tempat kamu diperhamba dahulu.

ULANGAN 6:4-12

ULANGAN 6:4-12
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video