1 Peter 5:6-9

Oleh itu, rendahkanlah diri kamu ke bawah tangan Allah yang berkuasa, supaya Dia meninggikan kamu pada masa yang ditetapkan-Nya. Serahkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Allah, kerana Dia mengambil berat tentang kamu. Berjaga-jagalah dan berwaspadalah, kerana Iblis, musuh kamu merayau-rayau seperti singa yang mengaum sambil mencari mangsa. Teguhkanlah iman dan lawanlah Iblis, kerana kamu tahu bahawa saudara-saudara sesama Kristian lainnya di seluruh dunia, juga mengalami penderitaan yang sama.
1 PETRUS 5:6-9