1 Johannes 2:3-6

Jika kita taat kepada perintah Allah, itulah tandanya kita mengenal Dia. Jika seseorang berkata, “Aku mengenal Allah,” tetapi tidak taat kepada perintah-Nya, orang seperti itu pendusta. Allah tidak ada di dalam hatinya. Tetapi sesiapa taat kepada firman-Nya, orang itu mengasihi Allah dengan sempurna. Itulah tandanya kita hidup bersatu dengan Allah. Sesiapa berkata bahawa dia hidup bersatu dengan Allah, orang itu harus hidup mengikut jejak Kristus.
1 YOHANES 2:3-6