Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

1 Corinthians 13:7-13

1 KORINTUS 13:7-13 - Dia tahan menghadapi segala sesuatu; dia mempercayai orang lain, tidak hilang harapan, dan sentiasa bersabar.
Orang perlu sentiasa mengasihi orang lain. Sekarang ada orang yang dapat menyampaikan perkhabaran daripada Allah, tetapi hal itu hanya untuk sementara. Sekarang ada yang mempunyai kurnia untuk bercakap dalam pelbagai bahasa yang ajaib, tetapi hal itu akan berakhir juga. Sekarang ada orang yang mengetahui banyak hal yang dalam, tetapi semua itu pun akan dilupakan. Hal itu demikian kerana pengetahuan kita dan kebolehan kita untuk menyampaikan perkhabaran daripada Allah, kurang sempurna. Tetapi apabila Allah membuat semuanya sempurna, maka yang tidak sempurna akan lenyap.
Semasa aku masih kanak-kanak, aku bercakap, bersikap, dan berfikir seperti kanak-kanak. Tetapi sekarang setelah dewasa, aku tidak lagi berkelakuan seperti kanak-kanak. Allah yang kita lihat sekarang ini hanya seperti bayangan kabur pada cermin muka. Tetapi kelak kita akan melihat-Nya dengan jelas. Sekarang apa yang aku ketahui belum lengkap, tetapi kelak aku akan mengetahui semuanya, seperti Allah mengetahui segala sesuatu tentang diriku.
Sementara ini ada tiga perkara yang harus tetap dilakukan: percaya, berharap, dan mengasihi orang lain. Tetapi yang paling penting daripada ketiga-tiganya adalah mengasihi orang lain.

Dia tahan menghadapi segala sesuatu; dia mempercayai orang lain, tidak hilang harapan, dan sentiasa bersabar. Orang perlu sentiasa mengasihi orang lain. Sekarang ada orang yang dapat menyampaikan perkhabaran daripada Allah, tetapi hal itu hanya untuk sementara. Sekarang ada yang mempunyai kurnia untuk bercakap dalam pelbagai bahasa yang ajaib, tetapi hal itu akan berakhir juga. Sekarang ada orang yang mengetahui banyak hal yang dalam, tetapi semua itu pun akan dilupakan. Hal itu demikian kerana pengetahuan kita dan kebolehan kita untuk menyampaikan perkhabaran daripada Allah, kurang sempurna. Tetapi apabila Allah membuat semuanya sempurna, maka yang tidak sempurna akan lenyap. Semasa aku masih kanak-kanak, aku bercakap, bersikap, dan berfikir seperti kanak-kanak. Tetapi sekarang setelah dewasa, aku tidak lagi berkelakuan seperti kanak-kanak. Allah yang kita lihat sekarang ini hanya seperti bayangan kabur pada cermin muka. Tetapi kelak kita akan melihat-Nya dengan jelas. Sekarang apa yang aku ketahui belum lengkap, tetapi kelak aku akan mengetahui semuanya, seperti Allah mengetahui segala sesuatu tentang diriku. Sementara ini ada tiga perkara yang harus tetap dilakukan: percaya, berharap, dan mengasihi orang lain. Tetapi yang paling penting daripada ketiga-tiganya adalah mengasihi orang lain.

1 KORINTUS 13:7-13

1 Corinthians 13:7-13
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video