1 TAWARIKH 29:10-13

Di hadapan semua orang yang berhimpun di situ, Raja Daud memuji TUHAN. Baginda berdoa, “Ya TUHAN Allah yang disembah Yakub, nenek moyang kami, terpujilah Engkau selama-lamanya! Engkau sungguh besar dan berkuasa. Engkau mulia, semarak, dan agung! Segala sesuatu di langit dan di bumi adalah milik-Mu. Engkaulah raja agung, penguasa atas segalanya. Segala harta dan kekayaan berasal daripada-Mu; segala sesuatu Engkau kuasai dengan kekuatan dan kekuasaan-Mu; Engkau berkuasa membuat sesiapa sahaja menjadi orang besar dan kuat. Sekarang, ya Allah kami, kami mengucap syukur kepada-Mu dan kami memuji nama-Mu yang agung.
1 TAWARIKH 29:10-13