Hasil carian untuk: romans 8:28

ROMA 8:28 (BM)

Kita tahu bahawa Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia dan yang sudah dipanggil-Nya sesuai dengan rancangan-Nya.

MATIUS 8:28 (BM)

Apabila Yesus tiba di seberang tasik di daerah Gadara, Dia didatangi oleh dua orang yang dirasuk roh jahat. Mereka keluar dari gua kubur dan mereka sangat ganas, sehingga tiada sesiapa pun berani lalu di situ.

MARKUS 8:28 (BM)

Mereka menjawab, “Ada yang berkata Yohanes Pembaptis; ada pula yang berkata Elia, sedangkan yang lain berkata salah seorang nabi.”

KELUARAN 8:28 (BM)

Raja bertitah, “Beta akan membenarkan kamu pergi ke padang gurun untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN, Allah kamu, asal kamu tidak pergi terlalu jauh. Berdoalah untuk beta.”

EZRA 8:28 (BM)

Saya berkata kepada mereka, “Kamu ini dikhaskan bagi TUHAN, Allah nenek moyang kita. Demikian juga semua perkakas daripada perak dan emas yang dipersembahkan sebagai persembahan khas kepada TUHAN.

LUKAS 8:28 (BM)

Apabila dia melihat Yesus, dia berteriak serta sujud di hadapan Yesus, dan berseru, “Hai Yesus, Anak Allah Yang Maha Tinggi! Apakah yang akan Engkau lakukan terhadap aku? Aku mohon, janganlah seksa aku!”

YOHANES 8:28 (BM)

Oleh itu Yesus berkata kepada mereka, “Apabila kamu meninggikan Anak Manusia pada kayu salib, barulah kamu tahu bahawa ‘Akulah Dia yang menyebut diri-Nya AKU’. Kemudian kamu akan tahu bahawa tiada sesuatu pun yang Aku lakukan menurut kehendak-Ku sendiri. Aku hanya mengatakan apa yang diarahkan oleh Bapa kepada-Ku.

IMAMAT 8:28 (BM)

Kemudian Musa mengambil makanan itu daripada mereka dan membakarnya di atas mazbah, di atas korban untuk menyenangkan hati TUHAN, sebagai korban yang dipersembahkan semasa pentahbisan. Korban ini adalah persembahan makanan, dan baunya menyenangkan hati TUHAN.

YOSUA 8:28 (BM)

Yosua membakar kota Ai dan membiarkannya menjadi reruntuhan. Keadaan kota itu masih begitu sampai hari ini.

AMSAL 8:28 (BM)

ketika Dia menempatkan awan di langit, ketika Dia membuka mata air di lautan,

HAKIM-HAKIM 8:28 (BM)

Demikianlah orang Midian dikalahkan oleh umat Israel. Orang Midian tidak lagi menjadi ancaman kepada mereka. Negeri itu aman selama empat puluh tahun, selama Gideon masih hidup.

1 TAWARIKH 8:28 (BM)

Itulah para ketua keluarga dan pemimpin yang tercatat dalam salasilah mereka. Mereka tinggal di Yerusalem.

1 RAJA-RAJA 8:28 (BM)

Ya TUHAN, Allahku, aku hamba-Mu. Dengarkanlah doaku, dan kabulkanlah permohonanku hari ini.

2 RAJA-RAJA 8:28 (BM)

Raja Ahazia bergabung dengan Raja Yoram dari Israel untuk melawan Raja Hazael dari Siria. Pertempuran berlaku di Ramot, di kawasan Gilead, dan Raja Yoram cedera dalam pertempuran itu.

YEHEZKIEL 28:8 (BM)

Mereka akan membunuh engkau dan menguburkan engkau di laut.

MAZMUR 28:8 (BM)

TUHAN melindungi umat-Nya; Dia membela dan menyelamatkan raja pilihan-Nya.

YEREMIA 28:8 (BM)

Nabi-nabi pada dahulu kala, sebelum zaman kita, telah meramalkan bahawa peperangan, kebuluran, dan wabak akan menimpa banyak bangsa dan kerajaan yang kuat.

MATIUS 28:8 (BM)

Dengan cepat mereka meninggalkan kubur itu; mereka takut tetapi juga bersukacita. Lalu mereka lari memberitahu pengikut-pengikut Yesus.

KEJADIAN 28:8 (BM)

Maka fahamlah Esau bahawa Ishak, bapanya, tidak menyukai perempuan Kanaan.

KELUARAN 28:8 (BM)

Satu ikat pinggang yang ditenun halus daripada bahan yang sama harus dijahitkan pada efod supaya menjadi satu bahagian dengan efod.

BILANGAN 28:8 (BM)

Anak domba untuk korban pada petang hari, bersama dengan korban wain harus dipersembahkan dengan cara yang sama seperti korban pada pagi hari. Korban ini adalah persembahan makanan yang baunya menyenangkan hati TUHAN.

ULANGAN 28:8 (BM)

TUHAN, Allah kamu akan memberkati usaha kamu dan memenuhi gudang-gudang kamu dengan gandum. Dia akan memberkati kamu di tanah yang diberikan-Nya kepada kamu.

AYUB 28:8 (BM)

Binatang buas tidak pernah menjejak jalan itu. Singa pun tidak pernah melalui jalan yang sunyi itu.

AMSAL 28:8 (BM)

Sesiapa yang menjadi kaya dengan mengenakan kadar bunga wang yang tinggi serta memperdaya orang lain, hartanya akan menjadi milik orang yang berbelas kasihan kepada orang miskin.