Hasil carian untuk: romans 6:23
ROMA 6:23 (BM)
Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.
IMAMAT 6:23 (BM)
Sedikit pun daripada korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN, yang dipersembahkan oleh imam tidak boleh dimakan; seluruhnya mesti dibakar.
BILANGAN 6:23 (BM)
memberitahu Harun dan anak-anak lelakinya supaya mengucapkan kata-kata ini apabila mereka memberkati umat Israel:
ULANGAN 6:23 (BM)
TUHAN membebaskan kita dari Mesir untuk membawa kita ke sini, dan memberi kita tanah ini seperti yang sudah dijanjikan-Nya kepada nenek moyang kita.
KELUARAN 6:23 (BM)
Korah mempunyai tiga orang anak lelaki: Asir, Elkana, dan Abiasaf. Merekalah nenek moyang keluarga-keluarga dalam puak Korah.
YOSUA 6:23 (BM)
Oleh itu mereka pergi membawa Rahab keluar bersama-sama ibu bapa, saudara-saudara, dan semua anggota keluarganya. Mereka menyelamatkan semua orang itu, kaum keluarga Rahab mahupun hamba-hambanya, lalu membawa mereka ke tempat yang selamat, berhampiran dengan perkhemahan Israel.
MATIUS 6:23 (BM)
Tetapi jika matamu kabur, seluruh tubuhmu menjadi gelap gelita. Jika cahaya di dalam tubuhmu menjadi gelap, alangkah pekatnya kegelapan itu!”
MARKUS 6:23 (BM)
Lalu Raja Herodes berjanji kepada gadis itu dengan sumpah. Raja Herodes bertitah, “Ayahanda berjanji memberikan apa sahaja yang anakanda minta, bahkan separuh daripada kerajaan ayahanda sekalipun!”
YOHANES 6:23 (BM)
Kemudian beberapa buah perahu yang datang dari Tiberias berlabuh dekat tempat orang ramai makan roti setelah Tuhan mengucap syukur.
EFESUS 6:23 (BM)
Semoga Allah Bapa dan Tuhan Yesus Kristus menolong semua orang Kristian hidup rukun, saling mengasihi, dan tetap percaya kepada Kristus.
AYUB 6:23 (BM)
Adakah aku minta diselamatkan daripada musuh yang tidak berbelas kasihan?
AMSAL 6:23 (BM)
Petunjuk mereka bagaikan lampu yang terang, dan teguran mereka menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.
YEREMIA 6:23 (BM)
Mereka bersenjatakan panah dan pedang; mereka bengis dan tidak kenal ampun. Bunyi derap kuda mereka yang sedang dipacu bagaikan bunyi laut yang bergelora. Mereka sudah bersiap untuk menyerang Yerusalem.”
DANIEL 6:23 (BM)
Allah telah mengirim malaikat-Nya untuk menutup mulut singa-singa itu sehingga hamba tidak diapa-apakan. Dia berbuat demikian kerana Dia tahu hamba tidak bersalah, baik terhadap Dia mahupun terhadap tuanku.”
LUKAS 6:23 (BM)
Demikian jugalah nenek moyang mereka memperlakukan nabi-nabi. Bersukacitalah apabila hal itu berlaku, dan menarilah dengan gembira, kerana pahala yang besar tersedia untuk kamu di syurga.
HAKIM-HAKIM 6:23 (BM)
Tetapi TUHAN berfirman kepadanya, “Janganlah takut. Bertenanglah. Engkau tidak akan mati.”
2 SAMUEL 6:23 (BM)
Mikhal, puteri Raja Saul, tidak mempunyai anak seumur hidupnya.
1 TAWARIKH 6:23 (BM)
Elkana, Ebyasaf, Asir,
2 TAWARIKH 6:23 (BM)
dengarkanlah, ya TUHAN dari syurga, dan adililah hamba-hamba-Mu. Hukumlah orang yang bersalah dan bebaskanlah orang yang tidak bersalah.
1 RAJA-RAJA 6:23 (BM)
Dua kerub yang dibuat daripada kayu zaitun diletakkan di Bilik Maha Suci. Setiap kerub tingginya 4.4 meter.
2 RAJA-RAJA 6:23 (BM)
Oleh itu raja Israel menyediakan jamuan besar bagi mereka. Setelah mereka makan dan minum, raja menyuruh mereka pulang kepada raja Siria. Sejak itu orang Siria tidak lagi menyerang negeri Israel.
KEJADIAN 23:6 (BM)
“Kami menghormati tuan sebagai pemimpin yang berkuasa di kalangan kami; oleh itu kebumikanlah isteri tuan di kubur yang terbaik yang ada pada kami. Kami semua berbesar hati untuk memberikan tanah perkuburan kepada tuan, supaya tuan dapat mengebumikan isteri tuan.”
KELUARAN 23:6 (BM)
Jangan rampas keadilan daripada orang miskin yang datang mengadu di mahkamah.
IMAMAT 23:6 (BM)
Pada hari kelima belas, Perayaan Roti Tidak Beragi akan bermula. Selama tujuh hari kamu tidak boleh makan roti yang beragi.
BILANGAN 23:6 (BM)
Apabila Bileam kembali, dia mendapati Raja Balak masih berdiri bersama dengan semua pemimpin Moab, di samping korban-korban yang dipersembahkannya.