Hasil carian untuk: psalm 32:8

KELUARAN 32:8 (BM)

Mereka telah menyimpang daripada perintah-Ku. Mereka telah membuat sebuah patung lembu daripada emas leburan, lalu menyembahnya; mereka juga mempersembahkan korban kepadanya. Mereka berkata bahawa itulah tuhan mereka yang telah memimpin mereka keluar dari Mesir.

AYUB 32:8 (BM)

Tetapi sebenarnya Roh Allah Yang Maha Kuasa yang memberikan hikmat kepada manusia.

YEREMIA 32:8 (BM)

Tepat seperti yang telah difirmankan TUHAN, Hanameel datang kepadaku di halaman istana, dan minta supaya aku membeli tanahnya. Dengan itu yakinlah aku bahawa TUHAN benar-benar telah berfirman kepadaku.

YEHEZKIEL 32:8 (BM)

Aku akan memadamkan semua cahaya di langit, dan menjadikan negerimu gelap-gelita. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman.

KEJADIAN 32:8 (BM)

Dia berfikir, “Jika Esau datang dan menyerang kumpulan yang pertama, kumpulan yang kedua mungkin sempat menyelamatkan diri.”

BILANGAN 32:8 (BM)

Itulah perkara yang dibuat oleh bapa-bapa kamu di Kades-Barnea ketika aku menyuruh mereka pergi mengintip tanah itu.

ULANGAN 32:8 (BM)

Ketika Yang Maha Tinggi membahagi tanah kepada bangsa-bangsa, Dia menentukan wilayah tempat tinggal mereka, dengan malaikat sebagai pelindung,

MAZMUR 32:8 (BM)

TUHAN berfirman, “Aku akan menunjukkan jalan yang harus kauikuti. Engkau akan Kubimbing dan Kunasihati.

YESAYA 32:8 (BM)

Tetapi orang yang luhur merancangkan hal-hal yang luhur, dan bertindak dengan luhur.

2 TAWARIKH 32:8 (BM)

Raja Asyur mempunyai kuasa manusia, tetapi kita mempunyai TUHAN, Allah kita, yang menolong dan berperang bagi kita.” Rakyat digalakkan oleh titah raja mereka.

ROMA 8:32 (BM)

Allah tidak menghalang Anak-Nya mengalami penderitaan, tetapi mempersembahkan Anak-Nya sebagai korban untuk kita semua. Jika Allah mengurniai kita Anak-Nya sendiri, tidakkah Dia akan memberikan segala sesuatu yang lain?

KELUARAN 8:32 (BM)

Tetapi kali ini pun raja berdegil, dan tidak mahu membenarkan bangsa itu pergi.

IMAMAT 8:32 (BM)

Bakarlah semua sisa daging dan roti.

EZRA 8:32 (BM)

Apabila kami tiba di Yerusalem, kami berehat selama tiga hari.

AMSAL 8:32 (BM)

Sekarang, dengarlah nasihatku, hai anak-anak. Ikutlah petunjukku supaya kamu bahagia.

MATIUS 8:32 (BM)

“Pergilah,” kata Yesus. Dengan segera roh-roh jahat itu meninggalkan kedua-dua orang itu lalu masuk ke dalam kawanan babi itu. Semua babi itu lari ke pinggir jurang, terjun ke dalam tasik lalu tenggelam.

MARKUS 8:32 (BM)

Yesus mengatakan hal ini kepada mereka dengan jelas sekali. Oleh itu Petrus menarik Yesus ke tepi dan mula menegur Dia.

LUKAS 8:32 (BM)

Dekat tempat itu ada kawanan babi sedang mencari makan di lereng bukit. Roh-roh jahat itu memohon supaya Yesus membenarkan roh-roh itu masuk ke dalam kawanan babi itu. Yesus bersetuju.

YOHANES 8:32 (BM)

Kamu akan mengenal Allah. Oleh itu kamu akan dibebaskan.”

YOSUA 8:32 (BM)

Di sana, di hadapan umat Israel, Yosua menulis pada batu-batu mazbah itu salinan Taurat yang ditulis oleh Musa.

HAKIM-HAKIM 8:32 (BM)

Gideon anak Yoas meninggal ketika umurnya sangat lanjut. Dia dikebumikan di kuburan bapanya, Yoas. Kuburan itu terletak di Ofra, kota puak Abiezer.

1 TAWARIKH 8:32 (BM)

dan Miklot, iaitu bapa Simea. Keturunan mereka tinggal di Yerusalem bersama dengan keluarga lain daripada puak yang sama.

KISAH RASUL-RASUL 8:32 (BM)

Inilah ayat-ayat yang dibacanya, “Dia seperti domba yang digiring untuk disembelih; seperti anak domba yang tidak mengembik ketika bulunya digunting; demikianlah Dia tidak berkata sepatah pun.

1 RAJA-RAJA 8:32 (BM)

dengarkanlah dari syurga, ya TUHAN, dan adililah hamba-hamba-Mu. Hukumlah orang yang bersalah setimpal dengan perbuatannya dan bebaskanlah orang yang tidak bersalah.

MAZMUR 132:8 (BM)

Datanglah dan tinggallah di Rumah-Mu, ya TUHAN, bersama-sama Tabut Perjanjian, lambang kekuasaan-Mu.