Hasil carian untuk: mark 12:31

MATIUS 12:31 (BM)

Oleh itu ketahuilah, orang yang berbuat dosa ataupun mengatakan kata-kata kufur, akan diampuni. Tetapi sesiapa mengkufuri Roh Allah, tidak akan diampuni!

LUKAS 12:31 (BM)

Sebaliknya, utamakanlah Pemerintahan Allah dengan melakukan apa yang dikehendaki oleh Allah, maka semua itu akan diberikan oleh Allah kepada kamu.”

YOHANES 12:31 (BM)

Tibalah saatnya dunia dihakimi; sekarang penguasa dunia ini akan digulingkan.

ULANGAN 12:31 (BM)

Jangan sembah TUHAN, Allah kamu dengan cara mereka menyembah tuhan-tuhan mereka, kerana apabila mereka menyembah tuhan-tuhan itu, mereka melakukan semua perkara jijik yang dibenci oleh TUHAN. Bahkan anak-anak mereka sendiri pun dibakar oleh mereka di atas mazbah sebagai korban kepada tuhan-tuhan mereka.

MARKUS 12:31 (BM)

Perintah yang kedua ialah, ‘Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.’ Tiada lagi perintah lain yang lebih utama daripada kedua-dua perintah ini.”

KELUARAN 12:31 (BM)

Pada malam itu juga, raja memanggil Musa dan Harun lalu bertitah, “Pergilah, kamu dan semua orang Israel! Tinggalkan negeri beta! Pergilah beribadat kepada TUHAN kamu, seperti yang kamu minta.

NEHEMIA 12:31 (BM)

Aku mengumpulkan para pemimpin Yehuda di atas tembok dan menugaskan mereka memimpin dua kumpulan besar untuk berjalan mengelilingi kota itu, sambil menyanyikan lagu kesyukuran kepada Allah. Kumpulan yang pertama berarak ke sebelah kanan di atas tembok itu, ke arah Pintu Gerbang Sampah.

1 KORINTUS 12:31 (BM)

Oleh itu, hendaklah kamu berhasrat untuk memperoleh kurnia-kurnia yang lebih utama. Tetapi aku akan menunjukkan kamu jalan yang terbaik.

2 SAMUEL 12:31 (BM)

Selain itu penduduknya digiring dan disuruh membawa gergaji, cangkul besi, kapak besi, lalu mereka dipaksa bekerja di tempat pembuatan batu bata. Perkara itu dilakukannya juga kepada penduduk kota-kota Amon yang lain. Selepas itu Raja Daud dan semua tenteranya kembali ke Yerusalem.

1 RAJA-RAJA 12:31 (BM)

Yerobeam juga membina tempat-tempat sembahyang di atas bukit-bukit, dan memilih imam-imam yang bukan daripada suku Lewi.

KELUARAN 31:12 (BM)

TUHAN memerintah Musa

BILANGAN 31:12 (BM)

Mereka membawa semuanya kepada Musa, Eleazar, dan umat Israel yang sedang berkhemah di dataran Moab, di seberang Sungai Yordan, bertentangan dengan kota Yerikho.

AYUB 31:12 (BM)

Dosa itu membinasakan seperti api neraka, membakar segala yang aku miliki.

AMSAL 31:12 (BM)

Seumur hidupnya, dia berbuat baik kepada suaminya dan tidak berbuat jahat kepadanya.

YEREMIA 31:12 (BM)

Mereka akan datang ke Bukit Sion sambil menyanyi dengan gembira; mereka bersukacita kerana pemberian-Ku, iaitu gandum, wain, minyak zaitun, domba, dan lembu. Mereka seperti taman yang cukup airnya, mereka tidak akan kekurangan apa-apa.

YEHEZKIEL 31:12 (BM)

Bangsa asing yang kejam akan menebangnya dan membiarkannya. Cabang dan dahannya yang patah akan berselerak di tiap-tiap gunung serta lembah di negeri itu. Bangsa-bangsa yang berlindung di bawah naungannya akan meninggalkan pokok itu.

KEJADIAN 31:12 (BM)

Malaikat itu berkata lagi, ‘Lihat, semua kambing jantan yang sedang mengawan itu loreng, berbintik-bintik, dan belang. Aku sengaja mengatur hal itu bagimu kerana aku telah melihat semua yang dilakukan oleh Laban terhadapmu.

ULANGAN 31:12 (BM)

Suruhlah semua orang lelaki, perempuan, kanak-kanak, dan orang asing yang tinggal di kota kamu berkumpul, supaya semua orang akan mendengar pembacaan Taurat dan belajar menghormati TUHAN, Allah kamu, serta taat kepada ajaran-Nya dengan setia.

MAZMUR 31:12 (BM)

Semua musuhku mentertawakan aku; jiran-jiranku menghina aku; mereka yang mengenal aku takut akan aku; mereka lari apabila nampak aku di jalan.

1 SAMUEL 31:12 (BM)

beberapa orang yang paling berani berangkat dan berjalan sepanjang malam ke Bet-Sean. Mereka menurunkan jenazah Raja Saul dan putera-puteranya dari tembok kota, lalu membawanya kembali ke Yabes, dan membakar jenazah-jenazah itu di sana.

2 TAWARIKH 31:12 (BM)

dan menyimpan semua persembahan dan persepuluhan di dalam stor-stor itu. Mereka memilih seorang Lewi bernama Konanya sebagai pengurus barang-barang itu, dan adiknya, Simei sebagai penolongnya.

MARKUS 12:3 (BM)

Tetapi penyewa-penyewa ladang itu menangkap hamba itu, memukul dia lalu menyuruh dia pulang dengan tangan kosong.

MARKUS 12:30 (BM)

Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu, dan dengan segala kekuatanmu.’

MARKUS 12:32 (BM)

Guru Taurat itu berkata kepada Yesus, “Bagus, guru! Memang benar apa yang guru katakan: Tuhanlah Allah Yang Esa dan tidak ada yang lain.

MARKUS 12:33 (BM)

Manusia harus mengasihi Allah dengan sepenuh hati, dengan seluruh akal, dan dengan segala kekuatannya. Dia juga harus mengasihi sesama manusia seperti dia mengasihi diri sendiri. Mematuhi kedua-dua perintah ini lebih mustahak daripada mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati Tuhan dan korban-korban lain.”