Hasil carian untuk: genesis 1:27
1 SAMUEL 27:1 (BM)
Daud berfikir, “Bagaimanapun juga, pada suatu hari Raja Saul akan membunuh aku. Lebih baik aku lari ke negeri orang Filistin. Kemudian Raja Saul tidak akan mencari aku lagi di Israel, dan aku pun akan aman.”
1 SAMUEL 27:2 (BM)
Oleh itu Daud dan enam ratus orang anak buahnya segera berangkat untuk menemui Raja Akhis anak Maokh, raja kota Gat.
1 SAMUEL 27:3 (BM)
Daud dan anak buahnya tinggal di Gat bersama dengan keluarga masing-masing. Kedua-dua orang isteri Daud, Ahinoam yang berasal dari kota Yizreel, dan Abigail, balu Nabal yang berasal dari Karmel, juga menyertai dia.
1 SAMUEL 27:4 (BM)
Apabila Raja Saul mendengar bahawa Daud sudah melarikan diri ke Gat, baginda tidak berusaha menangkapnya lagi.
1 SAMUEL 27:5 (BM)
Kemudian Daud memberikan cadangan kepada Raja Akhis, “Jika tuanku berkenan dengan hamba, berilah hamba sebuah kota kecil di pedalaman untuk tempat tinggal, supaya hamba tuanku ini tidak menumpang kepada tuanku di ibu kota ini.”
1 SAMUEL 27:6 (BM)
Oleh itu Raja Akhis memberikan kota Ziklag kepada Daud. Sejak itulah Ziklag menjadi milik raja-raja Yehuda.
1 SAMUEL 27:7 (BM)
Daud tinggal di negeri orang Filistin selama satu tahun empat bulan.
1 SAMUEL 27:8 (BM)
Selama itu, Daud dan anak buahnya biasa menyerang orang Gesur, Girzi, dan Amalek; mereka sudah lama tinggal di kawasan itu. Daud menyerbu kawasan mereka sampai ke Sur, dan terus ke Mesir di sebelah selatan.
1 SAMUEL 27:9 (BM)
Daud membunuh semua orang lelaki dan wanita, serta merampas semua domba, lembu, keldai, unta, bahkan pakaian juga. Setelah itu dia pulang lalu menghadap Raja Akhis.
1 SAMUEL 27:10 (BM)
Ketika Raja Akhis bertanya kepadanya, “Ke mana kamu menyerbu kali ini?” Daud akan menjawab bahawa dia sudah pergi ke bahagian selatan Yehuda atau ke wilayah orang Yerahmeel atau ke wilayah tempat orang Ken tinggal.
1 SAMUEL 27:11 (BM)
Daud membunuh semua orang, lelaki dan perempuan, supaya tiada seorang pun dapat kembali ke Gat untuk melaporkan apa yang sesungguhnya dilakukan Daud dan anak buahnya. Demikianlah perbuatan Daud selama dia tinggal di negeri orang Filistin.
1 SAMUEL 27:12 (BM)
Tetapi Raja Akhis percaya kepada Daud dengan sepenuhnya. Raja Akhis berfikir, “Daud begitu dibenci oleh bangsanya sendiri, sehingga dia terpaksa menjadi hambaku seumur hidupnya.”
1 TAWARIKH 27:23 (BM)
Raja Daud tidak membanci orang yang berumur di bawah dua puluh tahun kerana TUHAN telah berjanji akan menjadikan umat Israel sebanyak bintang di langit.
1 TAWARIKH 27:24 (BM)
Yoab anak Zeruya memulakan pembancian, tetapi dia tidak menyelesaikannya, oleh sebab Allah menghukum Israel kerana pembancian itu. Itulah sebabnya jumlah mereka tidak tertulis di dalam catatan rasmi Raja Daud.
1 TAWARIKH 27:32 (BM)
Yonatan, bapa saudara Raja Daud, ialah seorang penasihat yang bijak dan terpelajar. Dia dan Yehiel anak Hakhmoni diberi tanggungjawab mendidik putera-putera raja.
1 TAWARIKH 27:33 (BM)
Ahitofel ialah penasihat raja, dan Husai orang Arki ialah penasihat dan sahabat karib raja.
1 TAWARIKH 27:34 (BM)
Setelah Ahitofel meninggal, Abyatar dan Yoyada anak Benaya menggantikan dia sebagai penasihat. Yoab ialah panglima angkatan tentera kerajaan.
1 SAMUEL 1:27 (BM)
Saya minta anak ini daripada TUHAN, dan Dia sudah mengabulkan permintaan saya.
1 TAWARIKH 1:27 (BM)
dan Abram (dikenal juga sebagai Abraham).
1 KORINTUS 1:27 (BM)
Allah sengaja memilih orang yang dianggap bodoh oleh dunia ini, untuk mempermalukan orang yang bijak. Allah juga memilih orang yang dianggap lemah oleh dunia ini untuk mempermalukan orang yang berkuasa.
KEJADIAN 1:27 (BM)
Demikianlah Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan.
ULANGAN 1:27 (BM)
Kamu bersungut-sungut sesama sendiri sambil berkata, ‘TUHAN membenci kita. Dia membawa kita keluar dari Mesir semata-mata untuk menyerahkan kita kepada orang Amori, supaya mereka membunuh kita.