Hasil carian untuk: Philippians 4:6
FILIPI 4:6 (BM)
Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur.
HOSEA 4:6 (BM)
Umat-Ku binasa kerana mereka tidak mahu mengakui Aku. Kamu, imam-imam, tidak mempedulikan Aku dan telah menolak ajaran-Ku. Oleh itu Aku pun akan menolak kamu dan tidak mengakui anak-anak kamu sebagai imam-Ku.
AMOS 4:6 (BM)
Akulah yang mendatangkan kebuluran kepada semua kota kamu, tetapi kamu tidak kembali kepada-Ku.
YUNUS 4:6 (BM)
Pada masa itu TUHAN Allah menumbuhkan sejenis tanaman yang memberikan naungan kepada Yunus sehingga dia berasa selesa. Yunus sangat suka pada tanaman itu.
MIKHA 4:6 (BM)
TUHAN berfirman, “Masanya akan tiba apabila Aku mengumpulkan umat yang Aku hukum, mereka yang telah menderita dalam pembuangan.
ZAKHARIA 4:6 (BM)
Malaikat itu menyuruh aku menyampaikan perkhabaran TUHAN ini kepada Zerubabel, “Engkau akan berjaya bukan dengan kekuatan tentera ataupun kekuatanmu sendiri, melainkan dengan Roh-Ku.
MALEAKHI 4:6 (BM)
Dia akan menyebabkan bapa dan anak bersatu hati, supaya Aku tidak datang untuk membinasakan negeri kamu.”
MATIUS 4:6 (BM)
Iblis berkata kepada Yesus, “Jika Engkau Anak Allah, terjunlah ke bawah, kerana di dalam Alkitab tertulis, ‘Allah akan menyuruh malaikat-malaikat-Nya menjaga Engkau; malaikat akan menyambut Engkau dengan tangan, supaya kaki-Mu tidak terhantuk pada batu.’ ”
MARKUS 4:6 (BM)
tetapi apabila matahari naik, tunas-tunas itu layu, lalu kering. Tumbuhan itu mati kerana akarnya tidak dalam.
LUKAS 4:6 (BM)
“Aku akan memberikan segala kekuasaan dan kekayaan ini kepada-Mu,” kata Iblis kepada Yesus. “Semuanya ini telah diberikan kepadaku, dan aku berhak memberikannya kepada sesiapa sahaja yang aku suka.
ROMA 4:6 (BM)
Itulah yang dimaksudkan oleh Daud apabila dia berkata tentang kebahagiaan orang yang diterima oleh Allah sebagai orang yang sudah berbaik semula dengan Allah, walaupun mereka tidak melakukan apa-apa supaya diterima oleh Allah. Daud berkata,
GALATIA 4:6 (BM)
Kerana kamu anak-anak Allah, Allah menyuruh Roh Anak-Nya masuk ke dalam hati kita. Roh itulah yang menyebabkan kita berseru, “Bapa, ya Bapaku.”
EFESUS 4:6 (BM)
dan satu Allah, Bapa semua orang. Dialah Tuhan semua orang, yang bekerja melalui semua orang, dan tinggal di dalam semua orang.
IBRANI 4:6 (BM)
Mereka yang lebih dahulu mendengar Berita Baik itu, tidak mendapat rehat itu kerana mereka tidak percaya. Jika demikian, ada orang lain yang boleh mendapat rehat itu.
YAKOBUS 4:6 (BM)
Meskipun demikian, rahmat yang diberikan oleh Allah lebih kuat. Itulah sebabnya di dalam Alkitab tertulis, “Allah menentang orang sombong, tetapi Dia merahmati orang yang rendah hati.”
WAHYU 4:6 (BM)
Di hadapan takhta itu terdapat sesuatu yang kelihatan seperti lautan kaca, hening seperti kristal. Di sekeliling takhta itu terdapat empat makhluk, satu makhluk pada setiap sisi takhta. Makhluk itu diliputi mata pada bahagian depan dan belakang.
EZRA 4:6 (BM)
Pada permulaan pemerintahan Raja Ahasweros, musuh penduduk Yehuda dan Yerusalem menulis surat tuduhan.
ESTER 4:6 (BM)
Hatah pergi kepada Mordekhai di lapangan kota, di hadapan pintu gerbang istana.
AYUB 4:6 (BM)
Bukankah engkau beribadat kepada Allah; bukankah hidupmu tanpa cela? Jika begitu, sepatutnya engkau yakin dan tidak putus asa.
PENGKHUTBAH 4:6 (BM)
Mungkin itu benar, tetapi lebih baik mempunyai sedikit disertai fikiran tenang, daripada sentiasa bekerja keras dengan dua belah tangan dan mengejar angin.
YESAYA 4:6 (BM)
Kemuliaan-Nya akan menaungi kota itu daripada kepanasan siang hari, dan menjadikan kota itu tempat yang terlindung daripada hujan dan ribut.
YEREMIA 4:6 (BM)
Tunjukkanlah jalan ke Sion! Cepatlah menyelamatkan diri! Jangan berlengah-lengah! TUHAN sedang mendatangkan malapetaka dan kehancuran besar dari utara.
RATAPAN 4:6 (BM)
Bangsaku telah dihukum lebih berat daripada penduduk Sodom, yang musnah dalam sekelip mata kerana dihukum oleh Allah.
YEHEZKIEL 4:6 (BM)
Selepas itu balikkanlah badanmu dan berbaringlah pula pada sebelah kananmu. Rasakanlah hukuman untuk kesalahan penduduk Yehuda selama empat puluh hari, satu hari melambangkan satu tahun hukuman bagi mereka.
DANIEL 4:6 (BM)
Beta memerintahkan semua penasihat di Babel supaya datang menghadap dan mentafsirkan mimpi beta itu.