Hasil carian untuk: Jeremiah 29:11
YEREMIA 29:11 (BM)
Aku sendiri tahu akan rancangan-Ku untuk kamu. Rancangan itu bukan untuk mencelakakan kamu, tetapi untuk kemakmuran kamu dan untuk memberikan masa depan yang kamu harap-harapkan.
AYUB 29:11 (BM)
Setiap orang yang melihat aku atau mendengar tentang aku, mengucap pujian tentang jasaku.
BILANGAN 29:11 (BM)
Persembahkanlah juga seekor kambing jantan sebagai korban untuk mengampunkan dosa umat, di samping kambing jantan yang dipersembahkan bagi upacara penyucian umat, dan korban harian bersama dengan korban untuk mengucap syukur dan korban wain yang dipersembahkan pada hari itu.
KEJADIAN 29:11 (BM)
Kemudian dia mencium Rahel dan menangis kerana terharu.
KELUARAN 29:11 (BM)
Sembelihlah lembu itu di hadirat-Ku, di hadapan pintu masuk Khemah.
ULANGAN 29:11 (BM)
kaum wanita, kanak-kanak, dan orang asing yang tinggal bersama dengan kamu, yang memotong kayu serta mengambil air untuk kamu.
MAZMUR 29:11 (BM)
TUHAN menguatkan umat-Nya, dan memberkati mereka dengan kesejahteraan.
AMSAL 29:11 (BM)
Orang bodoh menunjukkan kemarahan dengan terang-terang, tetapi orang bijak bersabar dan menahan kemarahan.
YESAYA 29:11 (BM)
Makna tiap-tiap penglihatan akan tersembunyi daripada kamu seperti naskhah gulungan yang bermeterai. Jika kamu membawa naskhah gulungan itu kepada seorang yang tahu membaca dan menyuruh dia membacanya, dia akan berkata tidak mungkin kerana naskhah itu bermeterai.
YEHEZKIEL 29:11 (BM)
Tiada manusia ataupun binatang akan melaluinya. Selama empat puluh tahun tempat itu tidak akan dihuni.
1 SAMUEL 29:11 (BM)
Oleh itu Daud dan anak buahnya berangkat pada awal pagi keesokan harinya, lalu pulang ke negeri orang Filistin. Tentera Filistin meneruskan perjalanan mereka ke Yizreel.
1 TAWARIKH 29:11 (BM)
Engkau sungguh besar dan berkuasa. Engkau mulia, semarak, dan agung! Segala sesuatu di langit dan di bumi adalah milik-Mu. Engkaulah raja agung, penguasa atas segalanya.
2 TAWARIKH 29:11 (BM)
Hai anak-anak beta, jangan buang masa lagi. Kamulah yang telah dipilih oleh TUHAN untuk membakar kemenyan bagi-Nya, serta memimpin rakyat untuk menyembah Dia.”
MATIUS 11:29 (BM)
Ikutlah perintah-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati; kamu akan mendapat kesejahteraan.
DANIEL 11:29 (BM)
Tidak lama kemudian, raja Siria akan menyerang Mesir lagi, tetapi kali ini akibatnya lain daripada kali yang pertama.
MARKUS 11:29 (BM)
Yesus menjawab, “Aku akan bertanya satu soalan sahaja kepada kamu. Jawablah dan Aku akan memberitahu kamu dengan hak siapa Aku melakukan perkara-perkara ini.
IBRANI 11:29 (BM)
Kerana beriman, orang Israel dapat menyeberang Laut Merah, seolah-olah mereka berjalan di atas tanah yang kering. Ketika orang Mesir cuba menyeberang, mereka mati lemas di dalam laut itu.
BILANGAN 11:29 (BM)
Musa menjawab, “Adakah engkau memikirkan hal aku? Aku sangat berharap agar TUHAN memberikan Roh-Nya kepada semua umat-Nya, dan menyebabkan mereka semua berseru seperti nabi!”
ULANGAN 11:29 (BM)
Apabila TUHAN membawa kamu ke tanah yang akan kamu duduki itu, kamu harus mengisytiharkan berkat dari atas Gunung Gerizim dan kutuk dari atas Gunung Ebal. (
KEJADIAN 11:29 (BM)
Abram berkahwin dengan Sarai, dan Nahor berkahwin dengan Milka, anak perempuan Haran. Haran mempunyai anak lelaki lain bernama Yiska.
NEHEMIA 11:29 (BM)
di En-Rimon, Zora, Yarmut,
AMSAL 11:29 (BM)
Orang yang mendatangkan kesusahan kepada keluarganya, tidak akan memiliki apa-apa. Orang bodoh akan menjadi hamba orang bijak selama-lamanya.
LUKAS 11:29 (BM)
Ketika orang ramai mengerumuni Yesus, Dia berkata, “Alangkah jahatnya orang zaman ini! Mereka meminta mukjizat, tetapi tidak satu pun akan diberi kecuali mukjizat Nabi Yunus.
YOHANES 11:29 (BM)
Mendengar hal itu, Maria cepat-cepat bangun lalu pergi menjumpai Yesus. (
ROMA 11:29 (BM)
Hal itu demikian kerana Allah tidak mengubah pendirian-Nya tentang orang yang dipilih-Nya dan diberkati-Nya.