Hasil carian untuk: 1 Samuel 15:22
1 SAMUEL 15:22 (BM)
Samuel berkata, “Manakah yang lebih disukai TUHAN, ketaatan atau persembahan dan korban? Lebih baik taat kepada TUHAN daripada mempersembahkan domba yang paling gemuk kepada-Nya.
1 SAMUEL 15:2 (BM)
Dia akan menghukum orang Amalek kerana nenek moyang mereka menentang umat Israel ketika umat Israel datang dari Mesir.
1 SAMUEL 15:20 (BM)
Raja Saul menjawab, “Beta sudah mentaati perintah TUHAN, dan pergi berperang menurut perintah-Nya; Raja Agag, raja Amalek sudah beta tawan dan semua orang Amalek dibunuh.
1 SAMUEL 15:21 (BM)
Tetapi anak buah beta tidak membunuh semua ternakan; mereka sudah memilih domba dan lembu yang paling gemuk, dan membawa semuanya ke Gilgal untuk dipersembahkan sebagai korban kepada TUHAN, Allah tuan.”
1 SAMUEL 15:23 (BM)
Memberontak terhadap TUHAN sama jahatnya dengan melakukan sihir, dan hati yang sombong sama jahatnya dengan penyembahan berhala. Oleh sebab tuanku menolak perintah TUHAN, TUHAN pun menolak tuanku sebagai raja.”
1 SAMUEL 15:24 (BM)
Mendengar kata-kata itu Raja Saul bertitah kepada Samuel, “Memang beta sudah berdosa. Beta sudah melanggar perintah TUHAN dan mengabaikan nasihat tuan. Beta takut kepada anak buah beta, lalu beta mengabulkan permintaan mereka.
1 SAMUEL 15:25 (BM)
Tetapi sekarang beta mohon supaya dosa beta diampunkan, dan kembalilah bersama-sama beta ke Gilgal, supaya beta dapat beribadat kepada TUHAN.”
1 SAMUEL 15:26 (BM)
Tetapi Samuel menjawab, “Hamba tidak mahu kembali bersama-sama tuanku. Tuanku sudah menolak perintah TUHAN, dan sekarang Dia menolak tuanku sebagai raja Israel.”
1 SAMUEL 15:27 (BM)
Selepas itu Samuel berpaling hendak pergi, tetapi Raja Saul menahan dia dengan memegang jubahnya, sehingga jubah itu koyak.
1 SAMUEL 15:28 (BM)
Oleh itu Samuel berkata kepada Raja Saul, “Pada hari ini juga TUHAN sudah mengoyakkan kerajaan Israel daripada tuanku dan memberikannya kepada orang lain yang lebih baik daripada tuanku.
1 SAMUEL 15:29 (BM)
Allah yang mulia, Allah Israel itu tidak berdusta dan tidak pula mengubah pendirian-Nya, kerana Dia bukan manusia.”
1 SAMUEL 15:1 (BM)
Pada suatu hari Samuel berkata kepada Raja Saul, “TUHAN telah menyuruh hamba untuk melantik tuanku menjadi raja umat-Nya Israel. Sekarang dengarlah firman TUHAN Yang Maha Kuasa.
1 SAMUEL 15:3 (BM)
Pergilah serang orang Amalek, binasakanlah mereka dan hancurkanlah segala yang ada pada mereka. Jangan tinggalkan sesuatu apa pun. Bunuhlah semua lelaki, perempuan, kanak-kanak, bayi, lembu, domba, unta, dan keldai.”
1 SAMUEL 15:4 (BM)
Kemudian Raja Saul mengumpulkan tenteranya dan menghitung mereka di Telaim; ada dua ratus ribu orang askar dari Israel dan sepuluh ribu orang askar dari Yehuda.
1 SAMUEL 15:5 (BM)
Selepas itu Raja Saul membawa tentera itu ke kota orang Amalek, dan mengadang musuh di dasar sungai yang kering.
1 SAMUEL 15:6 (BM)
Raja Saul mengirim amaran kepada orang Keni, “Berangkatlah dan tinggalkanlah orang Amalek, supaya kamu tidak terbunuh bersama-sama mereka. Dahulu nenek moyang kamu berlaku baik terhadap umat Israel, ketika umat Israel datang dari Mesir.” Maka orang Keni meninggalkan tempat itu.
1 SAMUEL 15:7 (BM)
Kemudian Raja Saul bertempur dengan orang Amalek dan mengalahkan mereka. Baginda bertempur di sepanjang jalan, dari Hawila sampai ke Syur di sebelah timur Mesir.
1 SAMUEL 15:8 (BM)
Raja Saul menangkap Raja Agag, raja orang Amalek, dan membunuh semua orang Amalek,
1 SAMUEL 15:9 (BM)
tetapi Raja Saul dan anak buahnya tidak membunuh Raja Agag. Mereka juga tidak membunuh domba dan lembu yang paling gemuk, anak lembu dan anak domba yang paling gemuk, dan segala sesuatu yang berharga; mereka hanya membinasakan apa yang tidak berguna dan tidak berharga.
1 SAMUEL 15:10 (BM)
TUHAN berfirman kepada Samuel,
1 SAMUEL 15:11 (BM)
“Aku menyesal telah melantik Saul sebagai raja. Dia sudah membelakangi Aku dan tidak lagi taat kepada perintah-Ku.” Samuel marah, dan sepanjang malam dia merayu kepada TUHAN.
1 SAMUEL 15:12 (BM)
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi, Samuel pergi mencari Raja Saul. Samuel mendengar bahawa Raja Saul sudah pergi ke kota Karmel untuk mendirikan tugu peringatan bagi dirinya di sana. Kemudian Raja Saul terus pergi ke Gilgal.
1 SAMUEL 15:13 (BM)
Apabila Samuel menemui Raja Saul, Raja Saul bertitah kepadanya, “Semoga TUHAN memberkati Samuel. Beta sudah melaksanakan perintah TUHAN.”
1 SAMUEL 15:14 (BM)
Samuel bertanya kepadanya, “Jika demikian, mengapa hamba mendengar lembu melenguh dan domba mengembik?”
1 SAMUEL 15:15 (BM)
Raja Saul menjawab, “Anak buah beta merampas ternakan itu daripada orang Amalek. Domba dan lembu yang paling gemuk sudah diambil oleh anak buah beta untuk dipersembahkan sebagai korban kepada TUHAN, Allah tuan. Tetapi binatang selebihnya sudah kami binasakan sama sekali.”