Seluruh Alkitab
Seluruh Alkitab dalam Tempoh Kurang daripada Setahun
Pelan Alkitab ini menerokai seluruh Alkitab dengan bacaan Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru setiap hari. Anda akan meneliti Perjanjian Lama menurut kronologi, bercampur dengan Mazmur dan para nabi berdasarkan sejarah. Setiap hari termasuk petikan daripada Perjanjian Baru untuk menunjukkan bagaimana Alkitab merupakan satu cerita yang menunjuk kepada Yesus. Setiap hari ketujuh ialah waktu untuk berhenti dan merenungkan apa yang telah dipelajari.
Seluruh Alkitab dalam Tempoh Kurang daripada 2 Tahun
Pelan Alkitab ini menerokai seluruh Alkitab dalam tempoh kurang daripada dua tahun dengan bacaan Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru setiap hari. Anda akan meneliti Perjanjian Lama mengikut kronologi, bercampur dengan Mazmur dan para nabi berdasarkan sejarah. Setiap hari termasuk petikan daripada Perjanjian Baru untuk menunjukkan bagaimana Alkitab merupakan satu cerita yang menunjuk kepada Yesus. Setiap hari ketujuh ialah waktu untuk berhenti dan merenungkan apa yang telah dipelajari.
Pelan Bacaan Book-at-a-Time Discipleship Journal
Sebuah panduan yang mudah diikuti untuk membaca Alkitab, kitab demi kitab. Daripada Discipleship Journal, pelan bacaan Alkitab kitab demi kitab ini memberikan anda apa yang diperlukan untuk membaca Alkitab dalam satu tahun.
Kanonik
Pelan "Kanonik" Blue Letter Bible mengkaji seluruh Alkitab — daripada Kejadian hingga Wahyu. Anda akan diberikan bacaan untuk setiap hari sebagai panduan melengkapkan seluruh Alkitab dalam setahun.
Sejarah
Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana keadaannya membaca Perjanjian Lama di Israel kuno? Atau, Perjanjian Baru semasa kitab tersebut dituliskan? Dalam pelan ini, susunan bacaan Perjanjian Lama adalah sama dengan Alkitab Ibrani Israel, beralih daripada Hukum kepada Nabi-nabi kepada Tulisan. Susunan Perjanjian Baru pula berdasarkan kajian tentang susunan penulisan kitab tersebut. Walaupun kajian ini tidak muktamad, ia mungkin memberikan wawasan yang berguna tentang bacaan Alkitab anda.
Membaca Kisah Allah: Pelan Kronologi Satu Tahun
Dihasilkan oleh Dr. George Guthrie, pelan ini mengambil bahan dalam Alkitab dan mengaturnya menurut urutan kronologi. Memandangkan pentarikhan sesetengah bahan atau peristiwa adalah mustahil, kronologi ini hanyalah usaha untuk memberikan pembaca aliran dan perkembangan umum akan kisah Alkitab yang agung. Sesetengah petikan diatur berdasarkan topik (cth., Yohanes 1:1-3 pada Minggu 1, Hari 2; dan banyak mazmur). Terdapat enam bacaan untuk setiap minggu untuk memberikan anda masa untuk mengejar kemajuan, bila perlu.
Pelan Bacaan Reformasi
Kami telah meraikan Ulang Tahun Reformasi yang ke-500 dengan satu panggilan terhadap Firman pada tahun 2017. Pelan ini, seperti yang dilakukan oleh para Reformis, menekankan: • Firman sahaja-- Sola Scriptura, • Susunan "injil" (Alkitab disusun berdasarkan kitab yang paling dipengaruhi oleh Reformis), • Kasih kurnia setiap minggu, dan • Penggunaan teknologi komunikasi terbaru (daripada Gutenberg kepada YouVersion!).
Cabaran 49 Minggu
Bersedia untuk membawa hubungan anda dengan Allah ke tahap seterusnya? Ambillah Cabaran 49 Minggu! Pelan Alkitab ini meneliti seluruh Alkitab dengan bacaan daripada Perjanjian Lama dan Baru setiap hari. Anda akan membaca Perjanjian Baru mengikut kronologi berserta bab yang berkaitan daripada Perjanjian Lama untuk menunjukkan bagaimana Alkitab merupakan satu cerita yang menunjuk kepada Yesus. Setiap hari ketujuh ialah waktu untuk berhenti dan merenungkan apa yang telah dipelajari.
Robert Roberts
Mantap dan sistematik, pelan Robert membimbing anda melalui pembacaan lengkap dari Perjanjian Lama dan dua pembacaan lengkap dari Perjanjian Baru. Secara purata, sebanyak empat bab termasuk petikan dari Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru akan terkandung pada setiap hari.