ZAKHARIA 2:1-5
ZAKHARIA 2:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Dalam penglihatan selanjutnya, aku nampak seorang lelaki yang memegang tali pengukur. Aku bertanya kepadanya, “Hendak ke mana?” Dia menjawab, “Aku hendak mengukur Yerusalem. Aku ingin tahu panjang dan lebar kota itu.” Kemudian aku nampak malaikat yang telah bertutur dengan aku itu, melangkah maju, dan satu malaikat lain menemuinya. Malaikat yang pertama berkata kepada malaikat yang kedua, “Cepat pergi kepada pemuda yang memegang tali pengukur itu, dan beritahu dia bahawa Yerusalem akan penuh sesak dengan manusia dan ternakan, sehingga tembok kota tidak dapat dibina lagi. TUHAN telah berjanji bahawa Dia sendiri akan menjadi tembok api yang mengelilingi kota itu untuk melindunginya, dan Dia akan tinggal di situ dengan segala kemuliaan-Nya.”
ZAKHARIA 2:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku melayangkan pandang dan melihat seseorang lelaki yang memegang tali pengukur. Lalu aku bertanya, “Ke manakah engkau hendak pergi?” Jawabnya kepadaku, “Hendak mengukur Yerusalem, untuk mengetahui berapakah lebar dan panjangnya.” Sementara malaikat yang berbicara dengan aku itu melangkah maju, satu malaikat lain maju pula menemui dia. Kepadanya dikatakan, “Larilah, katakanlah kepada pemuda itu, ‘Yerusalem akan berdiri seperti kampung tidak bertembok kerana ramainya manusia dan binatang di dalamnya. Aku sendiri akan menjadi tembok api di sekelilingnya,’ demikianlah firman TUHAN. ‘Aku akan menjadi kemuliaan di tengah-tengahnya.’ ”