ZAKHARIA 13:7-9
ZAKHARIA 13:7-9 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Bangkitlah, hai pedang, dan seranglah gembala yang bekerja untuk-Ku! Bunuhlah dia supaya kawanan dombanya tercerai-cerai. Aku akan menyerang umat-Ku, dan di seluruh negeri ini dua pertiga daripada penduduknya akan mati. Hanya sepertiga daripada penduduknya akan selamat. Mereka akan Kusucikan seperti perak dimurnikan oleh api. Mereka akan Kuuji seperti orang menguji emas. Barulah mereka akan berdoa kepada-Ku, dan Aku akan mengabulkan doa mereka. Aku akan memberitahu mereka bahawa mereka umat-Ku, dan mereka pun akan mengaku bahawa Aku TUHAN, Allah mereka.”
ZAKHARIA 13:7-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Wahai pedang, bangkitlah melawan gembala-Ku, melawan orang yang menjadi sekutu-Ku,” demikianlah firman TUHAN alam semesta. “Rebahkanlah sang gembala, dan dombanya akan bertempiaran. Aku akan bertindak melawan yang kecil dan lemah. Maka di seluruh negeri,” demikianlah firman TUHAN, “dua pertiga bahagian akan dilenyapkan dan binasa, tetapi sepertiganya akan ditinggalkan hidup. Aku akan memasukkan yang sepertiga itu ke dalam api lalu memurnikan mereka seperti orang memurnikan perak dan menguji mereka seperti orang menguji emas. Mereka akan menyeru nama-Ku dan Aku akan menjawab mereka. Aku akan berkata, ‘Mereka sememangnya umat-Ku,’ dan mereka akan berkata, ‘TUHAN sememangnya Allahku.’ ”