KIDUNG AGUNG 8:5-7
KIDUNG AGUNG 8:5-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Siapakah itu, yang muncul dari gurun, yang bersandar pada kekasihnya? Di bawah pokok epal kubangunkan engkau. Di sanalah ibumu sakit bersalin kerana engkau, di sanalah ia sakit bersalin dan melahirkan engkau. Simpanlah aku sebagai materai dalam hatimu, bagai materai pada lenganmu. Kerana cinta itu sekuat kematian, dan cemburu itu sebengis alam barzakh. Keghairahannya bagai api ternyala, nyala api TUHAN. Air yang meluap pun tidak mampu memadamkan cinta, banjir juga tidak berdaya menenggelamkannya. Seseorang yang memberikan segala harta benda rumahnya demi cinta tawarannya juga akan hanya dihina.
KIDUNG AGUNG 8:5-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Siapakah dia yang datang dari padang gurun, bersandar pada kekasihnya? Aku membangunkan engkau di bawah pokok epal, di tempat engkau dilahirkan. Jadikanlah aku buah hatimu; jangan peluk sesiapa pun selain aku, kerana cinta itu sekuat maut, dan nafsu berkuasa seperti kematian. Nyalanya seperti nyala api, yang berkobar dengan dahsyat. Air yang banyak tidak dapat memadamkan cinta, air bah tidak dapat menenggelamkannya. Jika seorang memberikan segala hartanya untuk membeli cinta, pasti hanya hinaan yang didapatinya.