RUT 2:20 - Bandingkan Semua Versi
RUT 2:20 BM (Alkitab Berita Baik)
“Semoga TUHAN memberkati Boas!” kata Naomi kepada Rut. “TUHAN sentiasa menepati janji-Nya, baik kepada orang yang masih hidup mahupun kepada orang yang sudah meninggal.” Katanya lagi, “Orang itu saudara dekat kita. Dialah yang patut bertanggungjawab terhadap kita.”
RUT 2:20 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Naomi memberitahu menantunya, “Semoga dia diberkati TUHAN kerana kebaikan-Nya tidak akan meninggalkan baik orang yang hidup mahupun yang telah mati.” Seterusnya Naomi berkata, “Orang itu kaum kerabat kita yang dekat, dan dialah salah seorang penebus kita.”