ROMA 9:22-29
ROMA 9:22-29 Alkitab Berita Baik (BM)
Begitu juga halnya dengan apa yang dilakukan oleh Allah. Dia ingin menunjukkan kemurkaan-Nya dan menyatakan kekuasaan-Nya. Tetapi Allah sangat sabar terhadap mereka yang menjadi sasaran kemurkaan-Nya, iaitu mereka yang akan dimusnahkan. Allah juga ingin menyatakan kebahagiaan berlimpah-limpah, yang dicurahkan-Nya kepada kita yang menjadi tumpuan belas kasihan-Nya. Kita sudah disiapkan oleh-Nya untuk menerima kebahagiaan itu. Kita ini orang yang sudah dipanggil-Nya, dan kita terdiri daripada orang Yahudi dan bukan Yahudi. Di dalam kitab Nabi Hosea, Allah berfirman, “Orang yang bukan umat-Ku, akan Aku sebut ‘Umat-Ku.’ Bangsa yang tidak Aku kasihi, akan Aku sebut ‘Kekasih-Ku.’ Di tempat Allah berfirman, ‘Kamu bukan umat-Ku,’ di situ juga mereka akan disebut anak-anak Allah yang hidup.” Nabi Yesaya berseru tentang orang Israel, “Sungguhpun bilangan orang Israel sebanyak pasir di laut, hanya sedikit sahaja yang akan diselamatkan; kerana Tuhan akan segera menjatuhkan hukuman kepada semua orang di bumi.” Seperti yang dikatakan Yesaya dahulu, “Seandainya Tuhan Yang Maha Kuasa tidak memberi kita keturunan, pastilah kita semua sudah menjadi seperti Sodom dan Gomora.”
ROMA 9:22-29 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka jikalau Allah handak mŭngunjokkan morkanya, sŭrta mŭmashorkan kwasanya, tŭlah mŭnahani dŭngan banyak sabarnya akan bŭkas bŭkas morkanya yang tŭlah sŭdia akan dibinasakan: Dan lagi supaya iya mŭmashorkan kŭkayaan kŭmuliaannya atas bŭkas bŭkas rahmat itu yang tŭlah disŭdiakannya deri dahulu bagie kŭmuliaan. Mŭski pun kita yang tŭlah dipilehnya, bukannya orang Yahudi sahja, mŭlainkan orang orang sŭsat pun. Maka spŭrti fŭrman Allah dalam kitab nabi Hushia, Aku akan mŭmanggil marika itu kaumku yang bukannya kaumku dahulu; maka kŭkasih pŭrampuan itu yang bukan kŭkasihnya dahulu. Maka kŭlak akan jadi dalam tŭmpat yang tŭlah dikatakan pada marika itu, bahwa kamulah bukannya kaumku, maka disanalah marika itu akan dinamai anak anak Allah yang hidop. Shahadan nabi Jasia tŭlah bŭrsru pula derihal Israil, katanya, Kalau bilangan kŭturonan Israil itu spŭrti kŭrsek ditŭpi laut skali pun, maka suatu remah kŭlak akan dipliharakan. Kŭrna iya kŭlak akan mŭnghabiskan pŭkŭrjaan itu, dan mŭnyengkatkan dia dŭngan kaadilan; sŭbab pŭkŭrjaan yang sengkat itu kŭlak dipŭrbuat Tuhan diatas bumi ini. Lagi pun spŭrti yang tŭlah dikatakan ulih Jasia dahulu itu, kachuali Tuhan sagala alam, jikalau tiada mŭninggalkan kiranya bagie kami suatu bŭnih, nŭschaya kita mŭnjadilah spŭrti Sodom, dan tŭlah jadi sama spŭrti Gomorah.
ROMA 9:22-29 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Bagaimana jika Allah, untuk menunjukkan kemurkaan-Nya dan menyatakan kekuasaan-Nya, setelah begitu bersabar terhadap orang yang dimurkai-Nya, membuat persediaan untuk membinasakan? Bagaimana jika Dia berbuat demikian untuk memperlihatkan betapa besar kemuliaan-Nya kepada orang yang menjadi tumpuan belas kasihan-Nya, yang telah disediakan-Nya terlebih dahulu untuk kemuliaan, justeru kita, yang telah dipanggil-Nya, bukan hanya daripada kalangan orang Yahudi tetapi juga daripada kalangan bangsa asing? Sebagaimana telah disampaikan-Nya melalui Hosea: “Aku akan memanggil mereka ‘umat-Ku’ sedangkan mereka bukan umat-Ku; dan Aku akan memanggil dia ‘orang yang Kukasihi’ sedangkan dia bukan orang yang Kukasihi. Dan, akan terjadi bahawa di mana telah dikatakan kepada mereka, ‘Kamu bukan umat-Ku,’ di situlah mereka akan dipanggil anak-anak Allah yang hidup.” Yesaya juga telah berseru tentang umat Israel: “Walaupun bilangan anak Israel seperti pasir di tepi laut, hanya segelintir baki akan diselamatkan. Kerana Tuhan akan menjalankan hukuman-Nya di atas bumi dengan segera dan muktamad.” Samalah seperti kata Yesaya sebelum itu: “Sekiranya Tuhan alam semesta tidak membiarkan keturunan kita hidup, kita tentu telah menjadi seperti Sodom, tentu kita seperti Gomora.”