Langkau ke kandungan

ROMA 9:1-9 - Bandingkan Semua Versi

ROMA 9:1-9 BM (Alkitab Berita Baik)

Apa yang aku katakan ini benar; aku milik Kristus dan aku tidak berdusta. Hati nuraniku yang dikuasai oleh Roh Allah, juga meyakinkan aku bahawa aku tidak berdusta. Aku sangat sedih dan menderita, kerana saudara-saudaraku, orang yang sebangsa denganku. Bagi kepentingan mereka, aku rela dikutuk oleh Allah dan dipisahkan daripada Kristus. Merekalah umat yang dipilih oleh Allah; Allah menjadikan mereka anak-Nya sendiri dan menunjukkan kemuliaan-Nya kepada mereka. Dia mengadakan perjanjian-perjanjian dengan mereka dan memberi mereka Taurat. Mereka diberitahu oleh Allah cara menyembah Dia dengan betul, dan mereka menerima janji-janji Allah. Mereka keturunan nenek moyang kita yang terkemuka. Kristus, sebagai manusia, berasal daripada bangsa mereka. Hendaklah Allah yang menguasai segala sesuatu, dipuji selama-lamanya! Amin. Aku tidak mengatakan bahawa apa yang dijanjikan oleh Allah tidak berlaku. Apa yang dijanjikan-Nya sudah berlaku, kerana bukan semua orang Israel umat yang dipilih-Nya. Bukan semua keturunan Abraham anak-anak Allah. Allah berfirman kepada Abraham, “Hanya keturunan Ishak yang akan disebut keturunanmu.” Hal ini bererti bahawa tidak semua keturunan Abraham menjadi anak-anak Allah, tetapi hanya keturunan yang dilahirkan menurut janji Allah. Hal itu demikian, kerana inilah yang difirmankan oleh Allah ketika Dia berjanji kepada Abraham, “Pada waktu yang ditetapkan, Aku akan kembali, dan Sara akan melahirkan seorang anak lelaki.”

ROMA 9 BM

ROMA 9:1-9 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Aku berkata benar dalam Kristus. Aku tidak berdusta, hati nuraniku mengesahkannya dalam Roh Kudus. Aku teramat sedih dan gundah dalam hatiku. Kerana aku rela terkutuk dan terpisah daripada Kristus untuk kepentingan saudara-saudara sebangsaku. Mereka itu orang Israel. Untuk mereka pengangkatan sebagai anak Allah; untuk mereka kemuliaan ilahi; perjanjian-perjanjian; penerimaan hukum, ibadat di Bait Suci, dan janji-janji. Mereka ialah keturunan nenek moyang yang termasyhur. Bahkan dari antara mereka jugalah Kristus lahir sebagai manusia. Dialah yang terutama dari segala sesuatu, Allah yang terpuji selama-lamanya. Amin. Ini tidaklah bererti Firman Allah telah gagal. Kerana bukan semua keturunan Israel itu diterima sebagai Israel. Juga bukan semua keturunan Abraham diterima sebagai anak-anak Abraham. Sebaliknya, “Melalui Ishak benih keturunanmu akan dipanggil.” Ini bererti, anak-anak Allah bukanlah keturunan tabii Abraham tetapi anak-anak janji Allah. Kerana demikianlah kata-kata janji itu: “Pada masa yang ditetapkan Aku akan kembali, dan Sarah akan mendapat seorang anak lelaki.”

ROMA 9:1-9 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

ADAPUN aku bŭrkata dŭngan sŭbŭnarnya, dŭmi Almasih tiada aku bŭrdusta, angan anganku pun mŭnjadi saksi padaku dŭngan Roh Alkudos. Bahwa aku tŭlah mŭrasai bŭbrapa kŭbratan dan kadukaan pada sŭdiakala dalam hatiku. Kŭrna kalau bulih dŭngan bulihnya aku kahandaki supaya aku sŭndiri bŭrla’nat deripada Almasih ulih sŭbab saudara saudaraku, iya itu orang sa’bangsa dŭngan aku, dan sa’daging darah dŭngan aku. Iya itu orang Israil yang mŭmpunyai kwasa diangkat anak, dan kŭmuliaan, dan sagala waad, dan pŭmbrian tauret, dan kŭbaktian kapada Allah, dan sagala pŭrjanjian: Dan yang ampunya nenek moyang, maka deripada orang orang itulah, mŭnurot chara manusia, Almasih tŭlah datang, maka iyalah yang diatas skalian, maka sagala puji bagie Allah slama lamanya: Amin. Bahwa bukannya kiranya pŭrkataan Allah itu sa’olah olah tiada mŭndatangkan fiedah skali kali. Kŭrna bukannya skalian marika itu orang Israil yang turon deri Israil. Atau bukan sŭbab marika itu bŭnih Ibrahim skaliannya mŭnjadi kanak kanaknya, mŭlainkan dalam Isahaklah bŭnihmu kŭlak akan dipilehnya. Iya itu sagala kanak kanak yang deripada daging darah itu, iya itu bukannya kanak kanak Allah adanya, mŭlainkan sagala kanak kanak pŭrjanjian itulah yang dibilangkan bagie bŭnih itu. Kŭrna dŭmkianlah pŭrkataan pŭrjanjian itu, Bahwa pada waktu ini aku akan datang, maka Sarah akan bŭrulih sa’orang anak laki laki.