ROMA 8:31-39

ROMA 8:31-39 Alkitab Berita Baik (BM)

Oleh itu, apakah yang boleh kita katakan sekarang tentang semua itu? Jika Allah berpihak kepada kita, siapakah dapat melawan kita? Allah tidak menghalang Anak-Nya mengalami penderitaan, tetapi mempersembahkan Anak-Nya sebagai korban untuk kita semua. Jika Allah mengurniai kita Anak-Nya sendiri, tidakkah Dia akan memberikan segala sesuatu yang lain? Siapakah berani menuduh kita, umat yang sudah dipilih oleh Allah? Tiada seorang pun, kerana Allah sendiri menyatakan kita tidak bersalah. Siapakah dapat menyalahkan kita? Tiada seorang pun, kerana Kristus Yesus membela kita! Dialah yang sudah mati, bahkan sudah dibangkitkan daripada kematian dan berada di sebelah kanan Allah. Apakah yang dapat menghalang Kristus mengasihi kita? Tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kesusahan, kesukaran, penganiayaan, kelaparan, kemiskinan, bahaya mahupun kematian. Seperti yang tertulis di dalam Alkitab, “Sepanjang masa kami menghadapi bahaya maut kerana Engkau. Kami diperlakukan seperti domba yang akan disembelih.” Tidak! Dalam semuanya kita mendapat kemenangan yang sempurna daripada Dia yang mengasihi kita! Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di angkasa, baik hal-hal yang berlaku sekarang mahupun pada masa yang akan datang; baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi - tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat menghalang Allah mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Kristus Yesus, Tuhan kita!

ROMA 8:31-39 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka apakah garangannya yang handak kita katakan atas sagala pŭrkara ini? Adapun jikalau Allah ada bŭrsŭrta dŭngan kita, siapakah yang dapat mŭlawan kita? Adapun Allah yang tiada sayang akan Anaknya sŭndiri, mŭlainkan disŭrahkannya dia akan ganti kita skalian; bŭtapa kiranya Tuhan tiada akan mŭmbri bŭrsama sama dŭngan Anaknya sagala pŭrkara kapada kita dŭngan kŭmewahannya? Maka siapakah yang dapat mŭnchŭlai akan orang yang dipileh Allah? mŭlainkan Allah juga mŭmbŭnarkan. Siapakah dia itu yang mŭnghukumkan? Mŭlainkan Almasih juga yang tŭlah mati, bahkan tŭrutama iya itu yang tŭlah dibangkitkan pula, maka iyalah juga yang pada kanan Allah, dan lagi yang mŭmohonkan kŭrna kita. Maka siapakah kŭlak yang mŭnchŭriekan kita deri pada kasih Almasih itu? Ta’kan kasukaran, atau kasusahan, atau annyaya, atau kŭlaparan, atau kŭtŭlanjangan, atau bahya, atau pŭdangkah? Spŭrti yang tŭlah tŭrsurat, Ulih sŭbab angkaulah kita dibunoh dalam sŭpanjang panjang hari, dan kita pun dibilangkan spŭrti domba yang akan disŭmbleh. Bahkan dalam sagala pŭrkara ini kita tŭrlebih pula mŭnang dŭngan bŭrkatnya dia yang mŭngasih kita. Kŭrna yakinlah aku, bahwa baik mati, atau hidop; baik mŭliekat, atau sagala pŭmŭrentah; baik kwasa, atau pŭrkara pŭrkara yang halir, baik pŭrkara pŭrkara yang akan datang; Atau tinggi, baik dalam, atau barang suatu makhlok yang lain pun, tiada dapat mŭnchŭriekan kita deripada kasihan Allah yang ada dalam Isa Almasih Tuhan kita.

ROMA 8:31-39

ROMA 8:31-39 BMROMA 8:31-39 BM

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami