ROMA 8:3-4 - Compare All Versions
ROMA 8:3-4 BM (Alkitab Berita Baik)
Perkara yang gagal dilakukan oleh Taurat kerana tabiat manusia lemah, sudah dilakukan oleh Allah. Allah mengalahkan kuasa dosa yang ada dalam tabiat manusia dengan mengutus Anak-Nya sendiri, yang datang dalam keadaan manusia yang cenderung berbuat dosa, untuk menghapuskan dosa. Allah berbuat demikian supaya kehendak-Nya yang dinyatakan di dalam Taurat dapat kita lakukan dengan sepenuhnya dalam hidup kita yang menurut kehendak Roh Allah, dan bukan menurut kehendak tabiat manusia.
ROMA 8:3-4 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Kŭrna barang pŭrkara yang tiada dapat dipŭrbuat ulih tauret itu, sŭbab lŭmahlah iya ulih kŭrna hawa nafsu itu, maka Allah tŭlah mŭnyurohkan Anaknya sŭndiri dŭngan rupa tuboh manusia yang bŭrdosa itu, deri kŭrna dosa itu, dihukumkan dosa dituboh manusia. Supaya kabŭnaran tauret itu bulih digŭnapkan dalam kita yang tiada mŭnurot hawa nafsu itu, mŭlainkan mŭnurot kahandak Roh.
ROMA 8:3-4 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Apa yang tidak dapat dilakukan oleh Taurat kerana lemahnya tabii manusia, telah dilakukan oleh Allah dengan menghantar Anak-Nya dalam bentuk manusia berdosa untuk menjadi persembahan menebus dosa. Dengan demikian Dia menghukum dosa dalam diri manusia berdosa. Allah berbuat demikian supaya kita dapat menunaikan kehendak-kehendak hukum dalam diri kita dengan sepenuhnya, mengikut kehendak Roh dan bukan mengikut kehendak sifat tabii.