ROMA 8:18-27

ROMA 8:18-27 Alkitab Berita Baik (BM)

Pada pendapatku, segala penderitaan yang kita alami sekarang tidak dapat dibandingkan dengan kemuliaan yang akan ditunjukkan kepada kita. Dengan penuh kerinduan, alam semesta menanti-nantikan masanya Allah menunjukkan anak-anak-Nya. Alam semesta sudah dibiarkan menjadi sia-sia, bukan kerana kehendak sendiri, tetapi kerana Allah menetapkannya demikian. Meskipun demikian ada juga harapan bahawa pada suatu hari alam semesta akan dibebaskan daripada kuasa yang menghancurkannya, lalu menikmati kebebasan dan kemuliaan dengan anak-anak Allah. Kita tahu bahawa sehingga saat ini alam semesta merintih kesakitan seperti kesakitan yang dialami wanita yang bersalin. Bukan sahaja alam semesta yang merintih, tetapi kita juga merintih dalam batin. Kita yang sudah menerima Roh Allah sebagai kurnia Allah yang pertama, pun masih menunggu masanya Allah menjadikan kita anak-anak-Nya dan membebaskan diri kita seluruhnya. Kerana dengan berharap, kita diselamatkan. Tetapi jika kita boleh melihat apa yang kita harapkan, maka hal itu bukan lagi harapan. Siapakah mengharapkan sesuatu yang sudah dilihatnya? Tetapi jika kita mengharapkan sesuatu yang belum kita lihat, kita menunggu dengan sabar. Begitu juga Roh Allah datang menolong kita yang lemah ini. Kita tidak tahu bagaimana kita patut berdoa; Roh itu sendiri bermohon kepada Allah dengan erangan yang tidak dapat diutarakan dengan kata-kata. Allah yang mengetahui isi hati manusia, mengerti apa yang dimaksudkan oleh Roh itu, kerana Roh itu bermohon kepada Allah bagi umat-Nya, sesuai dengan kehendak Allah.

ROMA 8:18-27 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Kŭrna pada sangkaku, adapun sŭngsara yang ada pada masa ini tiadalah layak dibandingkan dŭngan kŭmuliaan yang akan dinyatakan pada kita itu. Kŭrna harap dŭngan yakin deripada makhlok itu mŭnantikan kŭnyataan sagala kanak kanak Allah. Kŭrna makhlok itu tŭlah ta’loklah kapada sia sia adanya, bukannya dŭngan sŭngajanya, mŭlainkan tŭrsŭbab ulih Tuhan yang tŭlah mŭna’lokkan iya kapada harap itu. Kŭrna makhlok itu sŭndirinya pun akan dilŭpaskan deripada tawanan kabinasaan itu masok kapada kŭmuliaan bibas kanak kanak Allah. Kŭrna kita tŭlah mŭngtahui, bahwa sagala makhlok itu mŭngŭrang dan kŭloh kŭsah dalam kŭsakitan bŭrsama sama sampielah skarang ini. Dan bukannya marika itu sahja, mŭlainkan diri kita pun yang tŭlah mŭndapat buah bungaran sulong roh itu, kita sŭndiri pun mŭngŭrang dalam diri kita sŭndiri, sŭrta mŭnantikan akan diangkat anak, iya itu tŭbusan tuboh kita. Kŭrna kita dipliharakan ulih sŭbab harap, tŭtapi harap yang klihatan itu bukannya harap; kŭrna barang yang dilihat ulih manusia itu, mŭngapakah diharapkan lagi? Tŭtapi jikalau harap akan pŭrkara yang tiada kita lihat itu, maka tŭtkala itulah kita mŭnantikan dia itu dŭngan sabar. Dan dŭmkian lagi Roh itu pun mŭnulong akan kalŭmahan kita, kŭrna tiada kita kŭtahui apakah yang handak kita bŭrdoa dŭngan spatutnya, mŭlainkan Roh itu sŭndiri mŭmohonkan akan ganti kita dŭngan mŭngŭrang yang tiada dapat dibunyikan. Adapun Tuhan yang mŭnyŭlidek akan sagala hati itu, dikŭtahuinyalah akan kahandak Roh itu, sŭbab iya tulong mŭmohonkan kŭrna orang orang suchi itu spŭrti yang dikahandaki Allah.

ROMA 8:18-27

ROMA 8:18-27 BMROMA 8:18-27 BMROMA 8:18-27 BMROMA 8:18-27 BM

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami