ROMA 8:16-17
ROMA 8:16-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Roh Allah bersama dengan roh kita menyatakan bahawa kita anak-anak Allah. Kerana kita anak-anak Allah, kita akan menerima berkat-berkat yang disediakan oleh Allah untuk umat-Nya. Bersama dengan Kristus, kita juga akan menerima segala yang sudah disediakan oleh Allah untuk Dia, kerana jika kita menderita bersama-sama Kristus, kita juga akan mendapat kemuliaan-Nya.
ROMA 8:16-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka Roh itu sŭndiri juga mŭnjadi saksi bŭrsama sama dŭngan roh kita, bahwa kita skalian ini kanak kanak Allah adanya. Adapun jikalau kiranya kita ini kanak kanak, bahwa kita pun warith warithlah, iya itu warith warith Allah, dan warith yang bŭrskutu dŭngan Almasih; maka jikalau kiranya kita mŭnanggong sŭngsara bŭrsama sama dŭngan dia, maka kita pun kŭlak akan dipŭrmuliakan juga bŭrsama sama.