Langkau ke kandungan

ROMA 8:12-17 - Bandingkan Semua Versi

ROMA 8:12-17 BM (Alkitab Berita Baik)

Oleh itu saudara-saudaraku, inilah kewajipan kita: Kita tidak boleh hidup menurut kehendak tabiat manusia. Jika kamu hidup menurut tabiat manusia, kamu akan mati; tetapi jika dengan kuasa Roh Allah kamu mematikan semua perbuatan kamu yang berdosa, kamu akan hidup. Orang yang dipimpin oleh Roh Allah ialah anak-anak Allah. Roh yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu tidak memperhamba kamu, sehingga kamu hidup dalam ketakutan. Sebaliknya Roh Allah menjadikan kamu anak-anak Allah, dan dengan kuasa Roh Allah kita memanggil Allah “Bapa, ya Bapaku!” Roh Allah bersama dengan roh kita menyatakan bahawa kita anak-anak Allah. Kerana kita anak-anak Allah, kita akan menerima berkat-berkat yang disediakan oleh Allah untuk umat-Nya. Bersama dengan Kristus, kita juga akan menerima segala yang sudah disediakan oleh Allah untuk Dia, kerana jika kita menderita bersama-sama Kristus, kita juga akan mendapat kemuliaan-Nya.

ROMA 8 BM

ROMA 8:12-17 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Dengan demikian, saudara-saudaraku, kita ada kewajipan tetapi bukan terhadap sifat tabii yang berdosa dan hidup menurut sifat tabii itu. Kerana jika kamu hidup menurut sifat tabii yang berdosa, kamu akan mati; tetapi jika dengan Roh itu kamu mematikan perbuatan-perbuatan salah tubuhmu, kamu akan hidup, kerana orang yang dipimpin oleh Roh Allah ialah anak-anak Allah. Kerana kamu bukanlah menerima Roh yang menyebabkan kamu diperhamba lagi oleh ketakutan, tetapi telah menerima Roh yang menjadikanmu anak Allah. Dan dengannya kita berseru, “Abba, Bapa.” Roh itu sendiri memberikan kesaksian dengan roh kita bahawa kita anak Allah. Jika kita anak, maka kita waris-waris Allah, waris bersama dengan Kristus, jika kita benar-benar berkongsi penderitaan-Nya supaya dapat berkongsi kemuliaan-Nya kelak.

ROMA 8:12-17 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Maka sŭbab itulah hie sagala saudaraku, bahwa kita orang bŭrhutang bukannya kapada hawa nafsu itu, akan hidop mŭnurotkan hawa nafsu. Kŭrna jikalau kamu hidop mŭnurotkan hawa nafsu itu, maka kamu kŭlak mati; tŭtapi jikalau kamu mŭmatikan pŭrbuatan hawa nafsu itu dŭngan tulong Roh, maka kamu akan hidop. Kŭrna sŭbrapa orang yang dipimpin ulih Roh Allah itu, iya itulah anak anak Allah adanya. Kŭrna kamu tiada mŭnŭrima roh tawanan lagi, supaya kamu mŭnjadi takot pula, mŭlainkan kamu tŭlah mŭnŭrima roh anak angkat, maka sŭbab itulah kamu bŭrsru, Abba, ya Ayah. Maka Roh itu sŭndiri juga mŭnjadi saksi bŭrsama sama dŭngan roh kita, bahwa kita skalian ini kanak kanak Allah adanya. Adapun jikalau kiranya kita ini kanak kanak, bahwa kita pun warith warithlah, iya itu warith warith Allah, dan warith yang bŭrskutu dŭngan Almasih; maka jikalau kiranya kita mŭnanggong sŭngsara bŭrsama sama dŭngan dia, maka kita pun kŭlak akan dipŭrmuliakan juga bŭrsama sama.