ROMA 7:7-9
ROMA 7:7-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Jika demikian, apakah yang dapat kita katakan? Adakah Taurat itu jahat? Tentu tidak! Tetapi Tauratlah yang menyebabkan aku tahu akan dosa. Jika Taurat tidak mengatakan, “Jangan tamak akan harta orang,” aku tidak tahu akan ketamakan. Melalui hukum itu, dosa mendapat peluang untuk membangkitkan pelbagai ketamakan dalam diriku. Jika tidak ada hukum agama, dosa tidak berkuasa. Dahulu aku hidup tanpa hukum agama. Tetapi apabila aku mengetahui hukum itu, dosa mula berkuasa
ROMA 7:7-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Apakah garangan yang handak dikatakan, tauret itukah dosa? Dijauhkan Allah. Bahkan, aku tiada mŭngtahui akan dosa itu, mŭlainkan ulih tauret; kŭrna tiada aku mŭngtahui akan nafsu jahat itu, jikalau tiada tauret kata, Janganlah angkau loba. Tŭtapi dosa itu tŭlah bŭrulih kwasa deripada hukum Allah itu, maka iyalah mŭngadakan sagala jŭnis nafsu jahat dalam diriku, kŭrna kalau tiada tauret itu, maka dosa itu tŭlah mati. Kŭrna aku adalah hidop pada suatu masa dŭngan tiada tauret, tŭtapi tŭtkala hukum Allah datang, maka dosa itu tŭlah sŭgarlah, tŭtapi aku mati.
ROMA 7:7-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jadi, apakah yang akan kita katakan? Adakah hukum itu dosa? Sama sekali tidak! Memang aku tidak mungkin tahu apa itu dosa kecuali melalui hukum. Kerana aku tidak mungkin tahu apa sebenarnya keinginan jahat jika hukum tidak mengatakan, “Jangan ingini milik orang.” Tetapi dosa telah merebut peluang yang diberikan oleh perintah itu lalu menimbulkan dalam diriku segala jenis keinginan jahat. Kerana tanpa hukum, dosa tidak wujud. Satu masa dahulu, aku hidup tanpa hukum; tetapi apabila datang perintah itu, hiduplah dosa dan matilah aku.