ROMA 7:18-19 - Compare All Versions

ROMA 7:18-19 BM (Alkitab Berita Baik)

Aku tahu bahawa tidak ada sesuatu pun yang baik dalam diriku, ataupun dalam tabiatku sebagai manusia. Hal itu demikian kerana walaupun ada padaku keinginan untuk berbuat baik, tetapi aku tidak dapat melakukannya. Aku tidak melakukan perkara baik yang ingin aku lakukan, sebaliknya aku melakukan perkara jahat yang tidak ingin aku lakukan.

Kongsi
ROMA 7 BM

ROMA 7:18-19 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Kŭrna tŭlah kukŭtahui, bahwa dalam diriku, iya itu dalam nafsu tubohku, tiada barang apa yang baik, kŭrna niat itu adalah sŭdia padaku; tŭtapi bagimanakah mŭmbuat pŭrkara yang baik itu tiadalah aku dapati. Kŭrna baik yang aku kahandaki itu tiada aku bŭrbuat, tŭtapi jahat yang tiada kukahandaki itulah kupŭrbuat.

ROMA 7:18-19 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Aku tahu bahawa tidak ada sesuatu yang baik dalam hidup diriku, iaitu dalam sifat tabiiku yang berdosa. Kerana aku hendak melakukan apa yang baik, tetapi aku tidak mampu melaksanakannya. Kerana yang kulakukan bukanlah kebaikan yang hendak kulakukan; tidak, kejahatan yang tidak hendak kulakukan — itulah yang kulakukan terus-menerus.