ROMA 6:18-19 - Compare All Versions

ROMA 6:18-19 BM (Alkitab Berita Baik)

Kamu sudah dibebaskan daripada dosa, lalu menjadi hamba kepada kehendak Allah. Kerana kamu susah memahami sesuatu, aku menggunakan contoh perhambaan. Dahulu kamu menyerahkan segenap diri kamu sebagai hamba kepada hal-hal keji dan jahat untuk tujuan yang jahat. Demikian juga sekarang kamu harus menyerahkan segenap diri sebagai hamba kepada kehendak Allah untuk tujuan-tujuan-Nya yang khas.

Kongsi
ROMA 6 BM

ROMA 6:18-19 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Maka sŭbab skarang kamu tŭlah dimŭrdehkakan deri pada dosa itu, maka kamu tŭlah mŭnjadi hamba bagie kabŭnaran. Adapun aku bŭrkata ini mŭnurot adat manusia ulih sŭbab kalŭmahan kaadaanmu, kŭrna spŭrti kamu tŭlah mŭnyŭrahkan anggota anggotmu itu akan dipŭrhamba ulih nŭjis dan kŭjahatan akan mŭmbuat kŭjahatan, maka dŭmkianlah juga skarang ini sŭrahkanlah anggota anggotamu akan dipŭrhamba ulih kabŭnaran kapada kasuchian.

ROMA 6:18-19 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Kamu telah dibebaskan daripada dosa dan menjadi hamba kepada perbenaran. Aku menyampaikan perkara ini melalui istilah kehidupan manusia kerana kamu lemah dalam diri tabiimu. Sebagaimana dahulu kamu telah mempersembahkan bahagian-bahagian tubuhmu sebagai hamba kepada kekejian dan kedurjanaan yang sentiasa meningkat, maka sekarang kamu hendaklah mempersembahkan dirimu sebagai hamba kepada perbenaran yang membawa kepada penyucian.