ROMA 6:1-11

ROMA 6:1-11 Alkitab Berita Baik (BM)

Jika demikian, apakah yang harus kita katakan? Haruskah kita terus-menerus berbuat dosa supaya rahmat Allah semakin bertambah? Tentu tidak! Dosa tidak lagi berkuasa atas kita. Oleh itu bagaimanakah kita dapat terus-menerus melakukan dosa dalam hidup kita? Tidakkah kamu tahu bahawa pada masa kita dibaptis, kita dipersatukan dengan Kristus Yesus? Hal ini bererti kita dipersatukan dengan kematian-Nya. Dengan baptisan itu, kita dikubur dengan Kristus dan ikut mati bersama-sama Dia, supaya sebagaimana Kristus dibangkitkan daripada kematian oleh kuasa Bapa yang mulia, kita pun dapat mengamalkan hidup yang baru. Jika kita sudah dipersatukan dengan Kristus kerana kita ikut mati dengan Dia, maka kita akan dipersatukan dengan Dia juga kerana kita ikut dihidupkan semula seperti Dia. Kita tahu bahawa tabiat kita yang lama sudah disalibkan bersama-sama Kristus, supaya kuasa tabiat kita yang berdosa itu dimusnahkan, dan kita tidak akan diperhamba oleh dosa lagi. Hal itu demikian, kerana apabila seseorang mati, dia dibebaskan daripada kuasa dosa. Jika kita sudah mati bersama-sama Kristus, kita percaya bahawa kita pun akan hidup bersama-sama Dia. Hal itu demikian, kerana kita tahu bahawa Kristus sudah dibangkitkan daripada kematian. Dia tidak akan mati lagi; kematian tidak berkuasa atas-Nya lagi. Kematian Kristus itu kematian terhadap dosa. Perkara itu berlaku satu kali sahaja untuk selama-lamanya. Tetapi hidup-Nya sekarang adalah hidup bagi Allah. Kamu juga harus menganggap diri kamu mati terhadap dosa, tetapi hidup erat dengan Allah melalui Kristus Yesus.

ROMA 6:1-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

APAKAH handak kita katakan, patutkah kita slalu dalam dosa, supaya anugrah itu bulih bŭrlempah? Dijauhkanlah Allah. Maka bŭtapakah kiranya kita ini yang tŭlah mati kapada dosa itu handak hidop lagi lama dalamnya? Maka tiadakah kamu kŭtahui, bahwa bŭbrapa deripada kita yang tŭlah dibaptisakan kapada Isa Almasih, iya itu tŭlah dibaptisakan kapada kŭmatiannya? Maka sŭbab itulah kita tŭlah ditanamkan bŭrsama sama dŭngan dia ulih baptisan kapada kŭmatian: kŭrna spŭrti Almasih itu dibangkitkan deri pada kŭmatiannya ulih kŭmuliaan Ayah itu, maka dŭmkian juga kita pun patutlah mŭlakukan diri dalam kahidopan yang bahru. Kŭrna jikalau kita sudah ditanamkan bŭrsama sama dalam turotan kŭmatiannya, maka kita pun kŭlak akan jadi turotan kŭbangkitannya. Sŭbab kita tŭlah mŭngtahui, bahwa tabiat kita yang lama itu tŭlah disalibkan dŭngan Almasih, supaya tuboh dosa itu bulih dibinasakan, maka kumdian kŭlak tiada lagi kita dipŭrhambakan ulih dosa adanya. Kŭrna orang yang tŭlah mati itu, maka iya itu tŭlah mŭrdehka deripada dosa. Adapun jikalau kita tŭlah mati bŭrsama sama dŭngan Almasih, maka kita pŭrchaya bahwa kita pun kŭlak hidop pula bŭrsama sama dŭngan dia. Sŭbab kita mŭngŭtahui, bahwa Almasih yang tŭlah dibangkitkan deripada kŭmatiannya itu, tiadalah akan mati lagi, bahwa kŭmatian itu tiada lagi bulih mŭna’alokkan dia. Kŭrna derihal iya tŭlah mati itu, skali sahja dia mati sŭbab dosa; tŭtapi derihal hidopnya pun, maka hidoplah iya kŭrna Allah. Lagi pun handaklah kamu kirakan dirimu sŭndiri pun spŭrti mati sungguh kapada dosa, tŭtapi hidop pula kapada Allah dŭngan bŭrkat Isa Almasih Tuhan kita.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami