ROMA 5:6-8
ROMA 5:6-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Semasa kita dalam keadaan tidak berdaya, Kristus mati pada masa yang ditetapkan oleh Allah untuk menyelamatkan kita, orang yang jahat. Susahlah orang mahu mati bagi orang yang mentaati hukum agama. Mungkin ada orang yang bersedia mati bagi orang yang baik hati. Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa.
ROMA 5:6-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna tŭtkala kita lagi tiada bŭrkwasa, maka pada waktu yang tŭntu, Almasih tŭlah mati mŭnggantikan orang bŭrdosa, Kŭrna jaranglah sa’orang pun yang mahu mati akan ganti sa’orang yang bŭnar itu, tŭtapi barang kali ada juga yang brani mati ganti sa’orang yang baik. Tŭtapi tŭlah dinyatakan Allah kasihnya bagie kita tŭtkala kita lagi orang bŭrdosa, maka Almasih tŭlah mati akan ganti kita.
ROMA 5:6-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Lihatlah, tepat pada masanya, ketika kita masih tidak berdaya, Kristus telah mati untuk orang yang fasiq. Jarang sekali seseorang mahu mati untuk orang yang benar, meski untuk orang yang baik mungkin ada yang sanggup mati. Tetapi Allah telah menunjukkan kasih-Nya sendiri terhadap kita dengan demikian: Ketika kita masih berdosa, Kristus telah mati untuk kita.