ROMA 5:6-11
ROMA 5:6-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Semasa kita dalam keadaan tidak berdaya, Kristus mati pada masa yang ditetapkan oleh Allah untuk menyelamatkan kita, orang yang jahat. Susahlah orang mahu mati bagi orang yang mentaati hukum agama. Mungkin ada orang yang bersedia mati bagi orang yang baik hati. Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa. Melalui kematian Kristus, kita sekarang berbaik semula dengan Allah. Oleh itu kita pasti akan diselamatkan oleh Kristus daripada kemurkaan Allah kelak. Dahulu kita bermusuhan dengan Allah, tetapi Allah menjadikan kita sahabat-sahabat-Nya melalui kematian Anak-Nya. Sekarang sebagai sahabat-sahabat Allah, kita pasti akan diselamatkan kerana Kristus hidup. Bukan itu sahaja; kita pun bersukacita kerana apa yang sudah dilakukan oleh Allah melalui Tuhan kita Yesus Kristus. Melalui Kristus, kita sekarang dijadikan sahabat-sahabat Allah.
ROMA 5:6-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna tŭtkala kita lagi tiada bŭrkwasa, maka pada waktu yang tŭntu, Almasih tŭlah mati mŭnggantikan orang bŭrdosa, Kŭrna jaranglah sa’orang pun yang mahu mati akan ganti sa’orang yang bŭnar itu, tŭtapi barang kali ada juga yang brani mati ganti sa’orang yang baik. Tŭtapi tŭlah dinyatakan Allah kasihnya bagie kita tŭtkala kita lagi orang bŭrdosa, maka Almasih tŭlah mati akan ganti kita. Istimewa pula skarang kita sŭbab dibŭnarkan ulih darahnya, maka kita kŭlak akan dilŭpaskan deripada morka Allah dŭngan bŭrkatnya. Kŭrna jikalau tŭtkala kita lagi bŭrsŭtru, maka kita dipŭrdamiekan kapada Allah ulih kŭmatian Anaknya itu, istimewa pula ulih sŭbab kita tŭlah dipŭrdamiekan, maka kita kŭlak akan mŭndapat slamat ulih hidopnya. Dan bukannya dŭmkian itu sahja, mŭlainkan kita bŭrgŭmarlah pula kapada Allah dŭngan bŭrkat Isa Almasih Tuhan kita, maka ulih sŭbabnyalah skarang kita sudah bŭrulih pŭrdamiean.
ROMA 5:6-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Lihatlah, tepat pada masanya, ketika kita masih tidak berdaya, Kristus telah mati untuk orang yang fasiq. Jarang sekali seseorang mahu mati untuk orang yang benar, meski untuk orang yang baik mungkin ada yang sanggup mati. Tetapi Allah telah menunjukkan kasih-Nya sendiri terhadap kita dengan demikian: Ketika kita masih berdosa, Kristus telah mati untuk kita. Oleh sebab sekarang kita telah diperbenar dengan darah-Nya, lebih-lebih lagilah kita akan diselamatkan daripada kemurkaan Allah melalui-Nya. Kerana jika semasa kita seteru Allah, kita telah didamaikan dengan-Nya melalui kematian Anak-Nya, lebih-lebih lagilah, setelah didamaikan, kita akan diselamatkan melalui kehidupan-Nya! Bukan ini sahaja, tetapi kita juga bersukacita dalam Allah melalui Tuhan kita Yesus Kristus yang melalui-Nya kita telah menerima pendamaian.