ROMA 5:18-21
ROMA 5:18-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu sebagaimana umat manusia dihukum kerana dosa satu orang; dengan cara yang sama semua orang dibebaskan daripada kesalahan dan diberikan hidup, kerana perbuatan satu orang yang melakukan kehendak Allah. Sebagaimana semua orang menjadi orang berdosa kerana satu orang tidak taat, demikian juga orang dapat berbaik semula dengan Allah, kerana satu orang taat kepada Allah. Taurat diberikan oleh Allah. Tetapi apabila manusia semakin berusaha untuk mentaati Taurat, mereka semakin melanggarnya dan berdosa terhadap Allah. Tetapi apabila dosa bertambah, rahmat Allah pun semakin bertambah. Oleh itu sebagaimana orang harus mati kerana berbuat dosa, demikian juga rahmat Allah berkuasa untuk membolehkan kita berbaik semula dengan Allah, sehingga kita beroleh hidup sejati dan kekal melalui Yesus Kristus, Tuhan kita.
ROMA 5:18-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Sŭbab itu spŭrti kŭsalahan sa’orang itu, maka hukum tŭlah datang atas sagala manusia akan diseksakan, maka dŭmkianlah juga kabŭnaran sa’orang itu tŭlah mŭndatangkan pŭmbrian yang murah itu atas sagala manusia akan dibŭnarkan bŭrulih slamat kŭkal. Kŭrna spŭrti banyak manusia tŭlah dijadikan bŭrdosa sŭbab dŭrhaka sa’orang, maka dŭmkianlah juga banyak orang akan dijadikan bŭnar sŭbab kŭbaktian sa’orang. Tambahan pula, adapun tauret itu tŭlah datang, supaya kŭsalahan itu bulih bŭrlempah; akan tŭtapi barang dimana dosa itu tŭlah bŭrlempah, anugrah itu pun makinlah banyak bŭrlempah. Maka adapun spŭrti dosa itu sudah dipŭrtuan kapada kŭmatian, maka dŭmkianlah juga anugrah itu pun bulih dipŭrtuan ulih sŭbab kabŭnaran kapada slamat kŭkal dŭngan bŭrkat Isa Almasih Tuhan kami.
ROMA 5:18-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh yang demikian, sebagaimana satu pelanggaran itu membawa hukuman bagi semua manusia, maka satu perbuatan benar membawa pembenaran yang memberikan kehidupan bagi semua manusia. Kerana sebagaimana melalui pelanggaran oleh seorang manusia, ramai telah menjadi orang berdosa, maka melalui ketaatan seorang Manusia, ramai akan diperbenar. Hukum Taurat telah diadakan supaya pelanggaran bertambah. Tetapi dengan bertambahnya dosa, semakin bertambahlah kasih kurnia. Oleh itu, sebagaimana dosa telah bertakhta dalam kematian, maka kasih kurnia akan bertakhta melalui perbenaran untuk membawakan kehidupan kekal melalui Yesus Kristus, Tuhan kita.