ROMA 5:1-10

ROMA 5:1-10 Alkitab Berita Baik (BM)

Sekarang kita sudah berbaik semula dengan Allah kerana kita percaya kepada-Nya. Oleh itu kita hidup dalam kedamaian dengan Allah melalui Yesus Kristus, Tuhan kita. Yesus membolehkan kita mengalami rahmat Allah, kerana kita percaya kepada Yesus dan sekarang kita menghayati rahmat itu. Oleh itu, kita membanggakan harapan untuk beroleh bahagian dalam kemuliaan Allah. Kita juga membanggakan penderitaan kita, kerana kita tahu bahawa penderitaan menghasilkan ketekunan. Ketekunan menyebabkan kita diperkenankan oleh Allah. Oleh itu kita mempunyai harapan. Harapan itu tidak akan mengecewakan kita, kerana Allah sudah mencurahkan kasih-Nya ke dalam hati kita. Allah melakukan hal itu dengan perantaraan Roh-Nya, yang sudah dikurniakan-Nya kepada kita. Semasa kita dalam keadaan tidak berdaya, Kristus mati pada masa yang ditetapkan oleh Allah untuk menyelamatkan kita, orang yang jahat. Susahlah orang mahu mati bagi orang yang mentaati hukum agama. Mungkin ada orang yang bersedia mati bagi orang yang baik hati. Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa. Melalui kematian Kristus, kita sekarang berbaik semula dengan Allah. Oleh itu kita pasti akan diselamatkan oleh Kristus daripada kemurkaan Allah kelak. Dahulu kita bermusuhan dengan Allah, tetapi Allah menjadikan kita sahabat-sahabat-Nya melalui kematian Anak-Nya. Sekarang sebagai sahabat-sahabat Allah, kita pasti akan diselamatkan kerana Kristus hidup.

ROMA 5:1-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

SŬBARMULA adapun sŭbab kita tŭlah dibŭnerkan ulih iman, maka kita bŭrulihlah pŭrdamiean antara Allah dŭngan bŭrkat Isa Almasih Tuhan kami. Maka dŭngan sŭbabnya juga kita pŭrulih jalan masok, ulih sŭbab iman, kŭdalam anugrah ini yang tŭmpat kita bŭrtumpu, dan bŭrsuka chitalah dŭngan harap akan kŭmuliaan Allah. Maka bukannya dŭmkian itu sahja, mŭlainkan kita pun tŭrmŭgahlah dalam hal kasukaran pun, sŭbab kita mŭngtabui, bahwa kasukaran itu mŭngadakan sabar adanya. Maka sabar itu mŭngadakan kŭbiasaan, dan kŭbiasaan itu mŭngadakan harap. Adapun harap itu tiada mŭndatangkan malu, sŭbab kasih Allah itu dituangkan dalam hati kita ulih Roh Alkudos yang tŭlah dianugrahkan kapada kita. Kŭrna tŭtkala kita lagi tiada bŭrkwasa, maka pada waktu yang tŭntu, Almasih tŭlah mati mŭnggantikan orang bŭrdosa, Kŭrna jaranglah sa’orang pun yang mahu mati akan ganti sa’orang yang bŭnar itu, tŭtapi barang kali ada juga yang brani mati ganti sa’orang yang baik. Tŭtapi tŭlah dinyatakan Allah kasihnya bagie kita tŭtkala kita lagi orang bŭrdosa, maka Almasih tŭlah mati akan ganti kita. Istimewa pula skarang kita sŭbab dibŭnarkan ulih darahnya, maka kita kŭlak akan dilŭpaskan deripada morka Allah dŭngan bŭrkatnya. Kŭrna jikalau tŭtkala kita lagi bŭrsŭtru, maka kita dipŭrdamiekan kapada Allah ulih kŭmatian Anaknya itu, istimewa pula ulih sŭbab kita tŭlah dipŭrdamiekan, maka kita kŭlak akan mŭndapat slamat ulih hidopnya.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami