Langkau ke kandungan

ROMA 3:30-31 - Bandingkan Semua Versi

ROMA 3:30-31 BM (Alkitab Berita Baik)

Allah hanya satu. Dia memungkinkan orang Yahudi berbaik semula dengan Allah, kerana mereka percaya kepada Yesus Kristus. Dia juga yang memungkinkan orang bukan Yahudi berbaik semula dengan Allah, kerana mereka percaya kepada Yesus Kristus. Adakah hal ini bererti bahawa kerana kita percaya kepada Yesus Kristus, kita boleh memansuhkan Taurat? Tentu tidak! Sebaliknya kita mendukung Taurat.

ROMA 3 BM

ROMA 3:30-31 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Allah itu esa. Dia memperbenar orang yang bersunat melalui iman mereka. Demikian juga Dia memperbenar orang yang tidak bersunat melalui iman mereka. Maka adakah kita memansuhkan hukum Taurat dengan iman? Sama sekali tidak! Malah kita menegakkan Taurat.

ROMA 3:30-31 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Tampaknya Allah suatu juga yang akan mŭmbŭnarkan orang yang bŭrsunat itu sŭbab iman, dan orang yang tiada bŭrsunat itu pun sŭbab iman. Maka jikalau dŭmkian itu, kita mŭnolakkankah tauret itu ulih subab iman? Dijauhkan Allah: bahkan, kita mŭndirikan akan tauret.