ROMA 3:23-25
ROMA 3:23-25 Alkitab Berita Baik (BM)
Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka. Tetapi oleh rahmat Allah yang dikurniakan dengan percuma, hubungan manusia dengan Allah menjadi baik semula, melalui Yesus Kristus yang membebaskan mereka. Allah mempersembahkan Yesus Kristus sebagai korban supaya dengan kematian Yesus, dosa orang diampunkan apabila mereka percaya kepada-Nya. Allah berbuat demikian untuk menunjukkan keadilan-Nya. Pada masa lampau, Allah bersabar terhadap dosa manusia, sehingga tidak menghukum orang.
ROMA 3:23-25 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna skaliannya itu tŭlah bŭrbuat dosa, dan tiada bŭrulih kŭmuliaan Allah. Ulih sŭbab dibŭnarkan skaliannya smata mata dŭngan anugrah deripada bŭrkat tŭbusan yang ada dalam Isa Almasih. Yang tŭlah ditŭntukan Allah akan mŭnjadi korban dŭngan bŭrkat iman akan darahnya, supaya dinyatakannya kabŭnaran Allah itu dŭngan mŭngampuni dosa yang tŭlah lalu, deri kŭrna sabar Allah adanya.
ROMA 3:23-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kerana semua manusia telah berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah. Namun demikian, dengan kasih kurnia Allah yang dikurniakan-Nya dengan rela, manusia dapat diperbenar melalui penebusan yang terdapat dalam Kristus Yesus. Allah menjadikan Yesus korban pendamaian supaya dengan kematian-Nya, dosa orang yang beriman kepada-Nya diampunkan. Allah berbuat demikian untuk memperlihatkan keadilan-Nya kerana pada masa silam, Allah bersabar terhadap dosa manusia dan tidak menghukum mereka.