ROMA 3:1-3 - Bandingkan Semua Versi
ROMA 3:1-3 BM (Alkitab Berita Baik)
Jika demikian, adakah keuntungannya menjadi orang Yahudi? Adakah faedahnya bersunat? Tentu banyak faedahnya! Pada mulanya Allah mengamanahkan firman-Nya kepada orang Yahudi. Tetapi bagaimana halnya jika sebahagian daripada orang Yahudi tidak setia? Adakah kerana hal itu Allah menjadi tidak setia?
ROMA 3:1-3 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Oleh itu, apakah kelebihan seorang Yahudi, dan apakah manfaat persunatan? Sungguh banyak dalam segala hal! Terutamanya kerana Firman Allah dipercayakan kepada mereka. Jika sesetengah mereka tidak beriman, adakah ini menjadikan kesetiaan Allah tidak berkesan?
ROMA 3:1-3 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
SŬBARMULA jikalau dŭmkian itu, apakah kalŭbihannya orang Yahudi, atau apakah faidahnya sunat itu? Sŭlŭbih lŭbihnya iya itu pŭrtama tama, sŭbab fŭrman Allah tŭlah disŭrahkan kapada marika itu. Maka jikalau sŭtŭngah marika itu tiada pŭrchaya skali pun, maka bulihkah dia mŭrosakkan sŭtia Tuhan itu sŭbab dia tiada pŭrchaya?