ROMA 2:4-5 - Bandingkan Semua Versi
ROMA 2:4-5 BM (Alkitab Berita Baik)
Kamu mungkin meremehkan kebaikan hati Allah, kemurahan hati-Nya, dan kesabaran-Nya yang tidak terhingga. Kamu tentu tahu bahawa Allah menunjukkan kebaikan hati-Nya kerana Dia mahu kamu bertaubat daripada dosa. Kamu degil dan keras kepala. Oleh itu, kamu sendiri yang menjadikan hukuman kamu semakin berat pada Hari Kiamat apabila Allah menyatakan kemurkaan-Nya dan menjatuhkan hukuman yang adil.
ROMA 2:4-5 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Atau adakah kamu memperkecil kebaikan, kemurahan serta kesabaran Allah yang amat besar, dan tidak tahu bahawa kebaikan Allah membawamu ke pintu taubat? Dengan hati batumu yang tidak bertaubat, kamu mengumpul musibah kemurkaan Allah yang akan menimpamu pada hari kemurkaan dan ternyatanya hukuman Allah yang adil.
ROMA 2:4-5 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Atau angkau mŭnghinakankah kŭmurahan Allah yang amat sangat itu, dan sabarnya, dan panjang hatinya, sŭrta tiada pula angkau mŭngtahui bahwa kŭmurahan Allah itu mŭmbawa dikau kapada taubut. Hanya angkau turotkan juga sŭkŭdar hatimu yang kŭras, dan yang tiada mahu taubat itu, dŭngan mŭnghimponkan morka Allah bagie dirimu sampie kapada masa morkanya itu dan hukumnya yang adil itu akan dinyatakan.